Mahasiswi
Wednesday 13 November 2013 | 4:02 am | 0 comments
Assalamulaikum wbt semua ukhti dan akhi. .Lamanya dah tak tulis blog.Serius memang tak ada masa dah nak edit ni semua .Kalau nak edit and tulis semua ni mesti memerlukan masa yang agak lama.Tu jarang edit dah.Erm tambah-tambah lagi dah sambung belajar dah dan Assignment bertingkek-tingkek. Ya Allah cepatnya masa berlalu,pantas sungguh masa berjalan ,cepatnya masa pergi haaa dan segala-galanyya lah.Ermmm okey pusing balik ke tujuan utama .Sebenarnya nak tulis and cerita apa-apa aja life baru sebagai seorang student.Ermmm student lah sangat.Student Kolej je pun.Tapi Alhamdulillah lah ada rezeki nak sambung belajar lagi,niat nak sampai ke master,Insya Allah.Now baru diploma 2tahun 6 bulan.Sekarang baru 4 bulan setengah .Alhamdulillah mengambil jurusan Early Childhood Education di Kolej Perkembangan Awal Kanak-kanak. Alhamdulillah impian tercapai untuk menyambung pelajar dalam bidang yang ada kena mengena dengan kanak-kanak,walaupun ipts dan bukan kerajaan.
Alhamdulillah sangat-sangat dekat sana dapat housemate yang okey sangat dan classmate yang okey jugak. Alhamdulillah. Mereka di sana memanggil saya dengan panggilan "ojah " .Hahahah mula-mula memang malu,lama-lama okey dah and best pulak rasanyaa.huhuhu.okey dah.Sampai sini je,banyak bende yang tak settle lagi ni , Assignment ,big,makan dan pelbagai lagi.huuhuh
Okey.Daaaaaaaaaa. XOXOXO.
Assalamualaikum
Kematangan Seseorang.
Friday 1 March 2013 | 6:11 pm | 0 comments
Asakah anda tahu,dalam kajian yang mendalam mengenainya, percaya atau tidak bahawa kejayaan tokoh-tokoh yang ada semenjak dari zaman Nabi Muhammad saw yang berkurun lamanya sehingga lah sekarang adalah kerana mereka mengambil ibrah daripada definisi tersebut. Sebentar lagi saya akan buktikan.
Sebelum saya buktikan, saya ingin timbulkan beberapa persoalan.

1. Kenapa Nabi Muhammad saw mengahwini Aisyah r.a. ketika Aisyah berumur 9 tahun? Adakah nabi gila ‘sex’ seperti apa yang didakwa oleh musuh-musuh Islam, jadi macam mana nak jawab.
2. Bagaimana sultan Al-Fateh berjaya menawan Kota Konstantinopel, sedangkan baginda baru berumur 21 tahun? Dan dilantik menjadi Sultan ketika berumur 19 tahun. Adakah disebabkan khalifah-khalifah sebelum zamannya yang lebih tua dan lebih berpengalaman darinya, mereka tidak layak untuk membuka kota tersebut.
3. Kenapa nabi menghantar Mus’ab Bin Umair sebagai duta pertama di dalam Islam, sedangkan beliau baru berumur 18 tahun. Adakah sahabat-sahabat besar yang lain tidak mampu untuk menggalas tugas penting tersebut.
4. kenapa guru Imam Syafei Rahimahullah membenarkan beliau menjadi mufti ketika berumur 17 tahun? Sedangkan pada waktu itu, kita baru hendak mengambil SPM. Mufti adalah Mujtahid pada zaman itu, semua permasalahan agama diserahkan kepadanya.
5. Bagaimana dua orang remaja berusia 15 tahun meminta kepada Rasulullah saw agar mengizinkan mereka ikut serta dalam peperangan Uhud. Akhirnya, Rasulullah membenarkan mereka ikut serta. Agak-agak masa itu, kita tengah tumpu perhatian dalam aktiviti apa?
6. Bagaimana Imam Nawawi Rahimahullah dapat mengarang beratus-ratus buah kitab, sedangkan umurnya sangat-sangat singkat berbanding umur ulama-ulama lain.
7. Khalifah Umar Abd Aziz menjadi Gabenor Madinah pada usia 24 tahun. Cita-citanya bermula bila? Anda agak lah sendiri.
Insyaallah, sudah tiba masanya untuk menjawab soalan-soalan di atas. Jadi, saya harap kita sama-sama dapat memberikan perhatian yang serius terhadapnya. Jawapan ini berdasarkan skema yang ada pada saya. Untuk soalan yang pertama,
1. Cuba kita tanya ibu pada ayah kita atau ibu kepada nenek kita, kita tidak payah pergi jauh-jauh sampai ke bulan. Tanya pada mereka pada umur berapakah mereka berkahwin. Nenek kawan saya berkahwin pada umur 11 tahun, ada yang umur 12 tahun, percaya atau tidak? Adakah Datuk kawan saya ini gila ‘sex’ seperti apa yang didakwa oleh pihak yang membenci Rasulullah saw tadi, sungguh! tuduhan yang tidak berasas. Kita hanya pergi ke beberapa puluh tahun ke belakang, kita sudah mendapat buktinya. Memang musuh-musuh islam gembar-gemburkan perkara tersebut kerana mereka sekarang sudah berada pada tahap yang paling kritikal, cuba kita lihat di Eropah, berapa ramai remajanya yang sudah hancur. Tidak perlu saya bagi contoh, kerana sudah banyak terpampang dalam media massa, tidak kurang juga di Malaysia tanah air ku. Jadi, sudah pasti, mereka sudah matang pada waktu itu, boleh pergi ke sawah bekerja pada usia yang sangat muda, boleh memasak, buat kerja rumah dengan baik, memikirkan masa hadapan dengan teratur. Cuba tanya mereka pasti akan ada buktinya, saya sudah tanya pada mereka.
2. Sultan Al-Fateh sudah mengikuti ayahnya bermesyuarat di istana bersama-sama dengan pembesar yang lain ketika baginda berusia sama seperti usia kita pergi ke tadika. Sahabat-sahabat bayangkan, jika saban hari, saban bulan dan saban tahun berada di situ, sudah pasti baginda seorang yang pakar dalam ilmu pentadbiran politik, pakar dalam ilmu peperangan serta hal ehwal negara. Walaupun pakar dalam hal ehwal negara, tetapi baginda sangat matang dalam mengendalikan nya (Ada tak dia tanya pada ibunya masa dilantik menjadi pemimpin yang sangat adil pada umurnya 19 tahun, dia kata tak nak jadi pemimpin lagi, tak matured lagi ngomelnya, agak-agak ada tak dia beri jawapan macam itu). Agak-agak pada usia itu lah, kita tengah buat apa, kita cuba renungkan.
3. Mus’ab Bin Umair adalah pemuda yang paling kacak, paling kaya, paling terpengaruh di antara para pemuda yang se-usianya. Pernah diceritakan mengenai kekacakan yang ada pada Mus’ab, beliau memberi tahu pada sahabatnya bahawa beliau tidak tahan lagi dengan kekacakan beliau, sebab ramai orang perempuan yang ingin mendekatinya, jadi sahabatnya nasihat agar dia membotakkan kepala. Seusai dari membotakkan kepala, lagi ramai orang yang mendekati beliau. Itu hanya seringan, maksud yang saya ingin sampaikan adalah bagaimana beliau dapat meninggalkan kesemua kekayaan tersebut kerana Islam, sudah pasti beliau sangat matang iaitu melihat apa yang ada pada masa hadapan yang lebih kekal iaitu syurga. Agak-agak pengorbanan besar apa yang kita sudah lakukan.
4. Seperti mana yang kita sudah maklumi bahawa mazhab yang kita pegangi di malaysia adalah mazhab syafi’iah. Jadi, mestilah pengasasnya adalah seorang yang sangat hebat. Beliau sudah dianggap mujtahid ketika berumur 17 tahun. Taraf mujtahid bukanlah sembarangan orang untuk mendapat gelaran tersebut, kerana kreterianya yang sangat sukar dan susah. Buktinya, di zaman sekarang ini susah sangat hendak mencari orang yang bergelar mujtahid, kalau ada mungkin hanya ada dua atau tiga orang sahaja. Mujtahid perlu mendalami setiap cabang ilmu syariah dengan sempurna. Jikalau Imam Syafie tidak matang pada usia seperti itu, maka beliau sudah pasti tidak dapat digelar dengan gelaran mujtahid.
5. Mesti ramai daripada kita yang mengenali kedua remaja tersebut, seorang bernama Rafi’ bin Khudaij dan seorang lagi bernama Samurah bin Jundab. Mereka ikut serta dalam peperangan yang besar iaitu peperangan Uhud. Pada mulanya, Rasulullah tidak membenarkan mereka ikut serta, tetapi disebabkan kematangan yang ada pada kedua-dua orang remaja tersebut, maka nabi membenarkan mereka pergi. Mereka menjadikan syurga sebagai matlamat, maka dengan mudah Allah swt permudahkan urusan mereka. Inilah generasi al-Quran, generasi matang yang keluar dari madrasah tarbiyah Rasulullah saw.

p/s :jawapan 6 dan 7 tak ada.
Kelebihan Bertudung Labuhku
Saturday 9 February 2013 | 7:37 pm | 0 comments
"Mengapa saya bertudung labuh?"
Easy, ada banyak kelebihannya:-
1. Bila kita cinta pada Allah, kita akan ikut suruhan Allah. Allah suruh kita patuh tutup aurat bila dah baligh. Jadi, pakai tudung labuh ni menepati saranan Allah. Bukan sahaja dapat tutup aurat, tapi Allah sayang juga.
2. Orang selalu kata, nampak macam panas sahaja pakai tudung labuh-labuh. Berlapis-lapis. Sebenarnya tidak. Bila ditanya pada para pemakai tudung labuh, mereka menjawab langsung tidak panas seperti yang disangkakan. Malahan, terasa nyaman sahaja dan cukup selesa. Mudah dipakai, ringkas, tidak perlu buang banyak masa pusing-pusing macam shawl dan pashmina.
3. Semestinya, bila kita ikut cakap Allah, Allah bagi kita pahala. Bila tutup aurat, dapat pahala tutup aurat. Bila tutup aurat dengan seikhlas hati pula, berlipat ganda pula ganjaran yang Allah bagi. Syurgalah akhirnya bila istiqamah, insyaAllah.
4. Sejuk mata memandang. Qurratu 'A'yun. Sejuk di mata dan di hati. Sekaligus label solehah tu ditampalkan sekali pada mereka yang bertudung labuh sempurna. Tidak hairan bila ada yang sampai labelkan sebagai ustazah. Mereka layak untuk itu. Sebab faham, agama Islam mesti tutup aurat. Faham ilmu agama. Jika dah faham ilmu agama, sampaikanlah. Baru real ustazah.
5. Bila dah tutup aurat, bukan sahaja sejuk di mata kita tapi juga menjaga maksiat mata. Menjaga mata lelaki dari bertambah dosa. Lelaki pun segan nak menatap dan memerhati orang yang mereka anggap solehah. InsyaAllah, lelaki jahat dan miang juga akan menafikan niat jahat mereka itu terhadap anda.
6. Ya. Siapa berani menidakkan kecantikan, keayuan, kejelitaan, kecomelan, kesopanan yang lebih terserlah bila memakai tudung labuh dan menutup aurat dengan sempurna? Ini bonus tambahan yang kamu dapat bila lakukan yang Allah suruh.
7. Ikut kata al-Quran bererti ikut syariat Allah. Syariat Allah pula ditaati oleh Rasulullah SAW dan perlu dipatuhi oleh seluruh umatnya. Bererti, kita bukan sahaja sudah ikut Allah, tapi ikut sunnah Nabi SAW. Tahniah.
8. Siapa kata hanya telekung solat sahaja boleh digunakan untuk bersolat. Tidak. Pakai tudung labuh, kemudian bahagian-bahagian lain tertutup dengan sempurna auratnya, maka boleh terus guna buat solat. Pastikan pakaian betul-betul suci dan bersih. Pakaian yang bersih tanda akhlak yang cantik.
9. Kita sentiasa mahu orang hormat kita. Tapi jika kita tak hormat diri kita dengan mendedahkan aurat, gedik, tidak jaga maruah, siapa akan hormat kita? Jadi, bertudung labuh ini boleh mendidik diri supaya lebih menghormati diri sendiri. Bila diri sendiri dah dihargai dan dihormati, nescaya orang sekeliling juga akan menghormati diri kita.
10. Seterusnya, menyihatkan badan. Dari segi kesihatan pula, boleh melindungi diri dari sinaran terik cahaya matahari yang boleh merosakkan kulit, menjaga warna kulit, mengelakkan dari debu dan kuman dan sebagainya. Anda lebih arif dari saya dari segi kedoktoran.
11. Malu itu bunga iman. Dengan menutup aurat dan bertudung labuh, bererti kamu masih ada rasa malu terhadap Allah. Malu terhadap diri sendiri, malu terhadap masyarakat sekeliling. Malahan malu dan bimbang Islam dimalukan kerana imej umat Islamnya yang gagal menjaga bab aurat.
12. Secara tak langsung, bertudung labuh dan berakhlak mulia insyaAllah menarik perhatian orang lain untuk mencintai Islam. Menjadi suatu cabang dakwah dengan perbuatan. Besarnya pahala bila niat untuk menyebarkan dakwah Islam kepada masyarakat sekeliling.
13. Mereka yang bertudung labuh, layak dijadikan isteri. Ciri-ciri yang sukar dicari di zaman penuh maksiat sekarang. Satu dalam seribu. Jika dia dah terbuka hati pakai tudung labuh, bererti dia mudah menerima nasihat agama. Orang yang mudah dan rela menerima nasihat agama adalah orang yang terbaik untuk dijadikan isteri.
14. Tanda-tanda dan amaran awal ke arah menjadi orang yang bertaqwa. Taqwa bermaksud takut pada Allah. Dia pakai kerana takutkan Allah, bererti dia sudah punya rasa taqwa dalam diri. Orang-orang bertaqwa disebut acapkali dalam al-Quran sebagai calon ahli Syurga.
15. Bukan nak tunjuk baik. Ya, bila kita pakai dengan ikhlas bermakna kita bukan nak menunjuk-nunjuk. Sebenarnya orang yang pakai tudung labuh ni, kebanyakannya nak berubah untuk jadi lebih baik. Salahkah untuk jadi orang baik? Tidak. Orang yang memperbaiki dirilah yang dinanti-nanti oleh Allah dan Rasulullah di akhirat untuk diberikan ganjaran Raudatul Jannah ( kebun-kebun Syurga ).

Ps:amik dari teamhijrahnegeri9 blog :D