Kematangan Seseorang.
Friday, 1 March 2013 | 6:11 pm | 0 comments
Asakah anda tahu,dalam kajian yang mendalam mengenainya, percaya atau tidak bahawa kejayaan tokoh-tokoh yang ada semenjak dari zaman Nabi Muhammad saw yang berkurun lamanya sehingga lah sekarang adalah kerana mereka mengambil ibrah daripada definisi tersebut. Sebentar lagi saya akan buktikan.
Sebelum saya buktikan, saya ingin timbulkan beberapa persoalan.

1. Kenapa Nabi Muhammad saw mengahwini Aisyah r.a. ketika Aisyah berumur 9 tahun? Adakah nabi gila ‘sex’ seperti apa yang didakwa oleh musuh-musuh Islam, jadi macam mana nak jawab.
2. Bagaimana sultan Al-Fateh berjaya menawan Kota Konstantinopel, sedangkan baginda baru berumur 21 tahun? Dan dilantik menjadi Sultan ketika berumur 19 tahun. Adakah disebabkan khalifah-khalifah sebelum zamannya yang lebih tua dan lebih berpengalaman darinya, mereka tidak layak untuk membuka kota tersebut.
3. Kenapa nabi menghantar Mus’ab Bin Umair sebagai duta pertama di dalam Islam, sedangkan beliau baru berumur 18 tahun. Adakah sahabat-sahabat besar yang lain tidak mampu untuk menggalas tugas penting tersebut.
4. kenapa guru Imam Syafei Rahimahullah membenarkan beliau menjadi mufti ketika berumur 17 tahun? Sedangkan pada waktu itu, kita baru hendak mengambil SPM. Mufti adalah Mujtahid pada zaman itu, semua permasalahan agama diserahkan kepadanya.
5. Bagaimana dua orang remaja berusia 15 tahun meminta kepada Rasulullah saw agar mengizinkan mereka ikut serta dalam peperangan Uhud. Akhirnya, Rasulullah membenarkan mereka ikut serta. Agak-agak masa itu, kita tengah tumpu perhatian dalam aktiviti apa?
6. Bagaimana Imam Nawawi Rahimahullah dapat mengarang beratus-ratus buah kitab, sedangkan umurnya sangat-sangat singkat berbanding umur ulama-ulama lain.
7. Khalifah Umar Abd Aziz menjadi Gabenor Madinah pada usia 24 tahun. Cita-citanya bermula bila? Anda agak lah sendiri.
Insyaallah, sudah tiba masanya untuk menjawab soalan-soalan di atas. Jadi, saya harap kita sama-sama dapat memberikan perhatian yang serius terhadapnya. Jawapan ini berdasarkan skema yang ada pada saya. Untuk soalan yang pertama,
1. Cuba kita tanya ibu pada ayah kita atau ibu kepada nenek kita, kita tidak payah pergi jauh-jauh sampai ke bulan. Tanya pada mereka pada umur berapakah mereka berkahwin. Nenek kawan saya berkahwin pada umur 11 tahun, ada yang umur 12 tahun, percaya atau tidak? Adakah Datuk kawan saya ini gila ‘sex’ seperti apa yang didakwa oleh pihak yang membenci Rasulullah saw tadi, sungguh! tuduhan yang tidak berasas. Kita hanya pergi ke beberapa puluh tahun ke belakang, kita sudah mendapat buktinya. Memang musuh-musuh islam gembar-gemburkan perkara tersebut kerana mereka sekarang sudah berada pada tahap yang paling kritikal, cuba kita lihat di Eropah, berapa ramai remajanya yang sudah hancur. Tidak perlu saya bagi contoh, kerana sudah banyak terpampang dalam media massa, tidak kurang juga di Malaysia tanah air ku. Jadi, sudah pasti, mereka sudah matang pada waktu itu, boleh pergi ke sawah bekerja pada usia yang sangat muda, boleh memasak, buat kerja rumah dengan baik, memikirkan masa hadapan dengan teratur. Cuba tanya mereka pasti akan ada buktinya, saya sudah tanya pada mereka.
2. Sultan Al-Fateh sudah mengikuti ayahnya bermesyuarat di istana bersama-sama dengan pembesar yang lain ketika baginda berusia sama seperti usia kita pergi ke tadika. Sahabat-sahabat bayangkan, jika saban hari, saban bulan dan saban tahun berada di situ, sudah pasti baginda seorang yang pakar dalam ilmu pentadbiran politik, pakar dalam ilmu peperangan serta hal ehwal negara. Walaupun pakar dalam hal ehwal negara, tetapi baginda sangat matang dalam mengendalikan nya (Ada tak dia tanya pada ibunya masa dilantik menjadi pemimpin yang sangat adil pada umurnya 19 tahun, dia kata tak nak jadi pemimpin lagi, tak matured lagi ngomelnya, agak-agak ada tak dia beri jawapan macam itu). Agak-agak pada usia itu lah, kita tengah buat apa, kita cuba renungkan.
3. Mus’ab Bin Umair adalah pemuda yang paling kacak, paling kaya, paling terpengaruh di antara para pemuda yang se-usianya. Pernah diceritakan mengenai kekacakan yang ada pada Mus’ab, beliau memberi tahu pada sahabatnya bahawa beliau tidak tahan lagi dengan kekacakan beliau, sebab ramai orang perempuan yang ingin mendekatinya, jadi sahabatnya nasihat agar dia membotakkan kepala. Seusai dari membotakkan kepala, lagi ramai orang yang mendekati beliau. Itu hanya seringan, maksud yang saya ingin sampaikan adalah bagaimana beliau dapat meninggalkan kesemua kekayaan tersebut kerana Islam, sudah pasti beliau sangat matang iaitu melihat apa yang ada pada masa hadapan yang lebih kekal iaitu syurga. Agak-agak pengorbanan besar apa yang kita sudah lakukan.
4. Seperti mana yang kita sudah maklumi bahawa mazhab yang kita pegangi di malaysia adalah mazhab syafi’iah. Jadi, mestilah pengasasnya adalah seorang yang sangat hebat. Beliau sudah dianggap mujtahid ketika berumur 17 tahun. Taraf mujtahid bukanlah sembarangan orang untuk mendapat gelaran tersebut, kerana kreterianya yang sangat sukar dan susah. Buktinya, di zaman sekarang ini susah sangat hendak mencari orang yang bergelar mujtahid, kalau ada mungkin hanya ada dua atau tiga orang sahaja. Mujtahid perlu mendalami setiap cabang ilmu syariah dengan sempurna. Jikalau Imam Syafie tidak matang pada usia seperti itu, maka beliau sudah pasti tidak dapat digelar dengan gelaran mujtahid.
5. Mesti ramai daripada kita yang mengenali kedua remaja tersebut, seorang bernama Rafi’ bin Khudaij dan seorang lagi bernama Samurah bin Jundab. Mereka ikut serta dalam peperangan yang besar iaitu peperangan Uhud. Pada mulanya, Rasulullah tidak membenarkan mereka ikut serta, tetapi disebabkan kematangan yang ada pada kedua-dua orang remaja tersebut, maka nabi membenarkan mereka pergi. Mereka menjadikan syurga sebagai matlamat, maka dengan mudah Allah swt permudahkan urusan mereka. Inilah generasi al-Quran, generasi matang yang keluar dari madrasah tarbiyah Rasulullah saw.

p/s :jawapan 6 dan 7 tak ada.