Rempuhan.
Saturday, 5 March 2011 | 4:13 pm | 0 comments
Semalam pergi rumah makteh di cheras,kerana anak dia bertunanag.Anak dia lelaki,so kiteorang semua berkumpul dekat rumah dia sebelum pergi ke rumah perempuan yang berdekatan diarumahnye jugak kira-kira 20minit dari rumah dia ke rumah pihak perempuan tersebut.Time OTW nak pergi rumah perempuan tu jalan tak sesak,memang lancar giler ah,tapi time nak balik sesak giler,ingatkan orang betulkan jalan ke apeke rupenye kemalangan.Dah lah tak dapat tegok dari kereta, sebab ramai sangat orang pegi dekat sane pastu berkumpul-kumpul macam mane lah nak nampak,pastu dekat situ tak boleh lalu.Aku tetap rase tak puas hati sebab nak tegok jugak ape yang berlaku tu,sebab kemalangan tu dekat rumah,Abang,mak aku,nenek dah bengag gan aku,sebab bising sanga, sebab nak tegok macam mane rupe kemalangan tu,samapi aku menjeri kat dalm kereta gare-gare nak tegok kemalangan itu.Sampai je dekkat rumah makteh,diaorang smua cerita yang diaorang pun turut mengalami perkara yang same (jem) ,mak aku pegi cerita kat sepupu aku yang aku menjerit kat dalam kereta gare-gare nak tegok kemalangan tu x dapt.Haha...apelah.pagi tadi aku cepat-cepat bagun subuh pastu amik surat khabar kat luar rumah,akhirnye pertanyaan aku sudah pon dijawab.:)
2011/03/06
PEMANDU lori pembancuh simen maut selepas kenderaan itu bergesel dengan sebuah kereta sebelum menghempap pacuan empat roda lalu merempuh rumah di Cheras, semalam.
Dalam kejadian di persimpangan Jalan 8/154 dari Taman Len Seng menghala ke Taman Alam Damai, jam 12.30 tengah hari itu, pemandu lori, Ong Heng Sai, 52, mati di tempat kejadian akibat tersepit di celah remukan kenderaan berat terbabit, manakala dua lagi mangsa yang menaiki sebuah PERODUA Kembara, parah.
Kejadian berlaku apabila lori simen terbabit dikatakan hilang kawalan di laluan menuruni bukit itu sebelum bergesel dengan sebuah PERODUA Kelisa di depannya menyebabkannya terbabas dan terbalik.
Menceritakan detik cemas itu, Hotimah berkata, beliau sedang tidur atas sofa di ruang tamu sebelum terdengar dentuman sangat kuat menyebabkannya terkejut sebelum melihat runtuhan dinding tepi serta depan rumah yang disangkanya gempa bumi.
“Ketika itu, saya panik dan tak tahu nak buat apa. Apabila menyelak langsir, barulah saya sedar ada lori besar melekat pada dinding rumah yang jaraknya hanya dua meter dari sofa tempat saya tidur,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
Hotimah yang sudah tujuh tahun bekerja di negara ini berkata, ketika kejadian beliau berada di rumah bersama ibu kepada majikannya berusia 77 tahun kerana majikannya itu tinggal di rumah lain di ibu negara.
Katanya, selepas kejadian itu, beliau menyelamatkan diri dengan keluar melalui pintu belakang, manakala ibu majikannya diselamatkan anggota bomba dan penyelamat.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Cheras, Johari Mohd Lazim, berkata sepasukan 21 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Cheras serta Jalan Hang Tuah mengambil masa 20 minit untuk mengeluarkan dua mangsa, masing-masing seorang lelaki dan wanita dalam Perodua Kembara yang terbalik dan remuk teruk itu.
Namun, usaha mengeluarkan mayat pemandu lori simen berdepan kesukaran walaupun bomba mendapatkan bantuan dua jengkaut kerana mangsa tersepit di bawah kenderaan berat terbabit, sebelum berjaya dikeluarkan empat jam kemudian menggunakan sebuah kren.
Beliau turut mengesahkan pemeriksaan mendapati struktur rumah berkenaan masih selamat untuk diduduki walaupun sebahagian dinding depan dan tepi runtuh.
Ketua Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Rusli Mohd Noor, berkata pihaknya sedang menjalankan siasatan bagi mengenalpasti punca sebenar kejadian termasuk kemungkinan brek lori terbabit mengalami kerosakan.