SPM 5 NOV-29 NOV
Friday, 2 November 2012 | 12:51 am | 0 comments
Dup..dup..dup..jam bergerak menunjukkan pukul 3ptg yang tepat.Aaah pukul 3 sudah weh,bercakap dalam diri sendiri.Aaah Isnin ni Peperiksaan yang sebenar SPM bermula.Takut,tak sabar,risau,dan segalanya adalah dalam diri ni.Bak kata cikgu Azman minggu lepas kitaorang punya batch hanya bersedia baru 30% Padahal exam nak amik isnin ni,tapi baru sedia 30% .Semua macam still boleh main-main,gelak-gelak,tidur dalam kelas semua.Tapi selepas kejadian tu berlaku semua tetiba dengan sendiri mengubah diri mereka ke arah kebaikkan walaupun macam dah last minit tapi tak ape,ade masa sikit lagi ni untuk baca nota-nota penting jelah,kalau nak baca satu buku teks tu memang tak sempatlah.Yang kebanyakkan student batch 95 sekolah dm diaorang sekarang rajin buat exercise mathematics tambah-tambah lagi kelas 5E serius memang rajin.Hope kami semua dapat menjawab peperiksaan SPM dengan baik dan mudah Isnin ni.
Semalam ade majlis restu dan perjumpaan tiga penjuru,Puan pengetua berucap semasa majlis restu yang aku ingat ayat dia sampai sekarang ialah "Jangan ulangi kesilapan semasa tahun 2010,teruskan cipta sejarah macam tahun 2011."Sebab masa tahun 2010 batch 1995 batch kitaorang semua masa result PMR keluar,buatkan graf sekolah turun mendadak.So dia nak kitaorang jangan ulangi perkara yang sama masa tahun 2010.Tahun 2011 pulak batch 1994result SPM diaorang naikkan graf sekolah daripada 0.1 naik 1 kira okeylah jugak,so pengetua harap sangat dan berdoa agar kitaorang semua tidak mengulangi perkara itu kembali.Okey SPM start Isnin ni sampai 6 Dis.Tapi paper aku habis 29nov awal sikit je.Doakan aku dan kawan yang sebaya dapat menjawab dengan tenang dan mudah-mudahan apa yang cikgu kitaorang ajar selama 5tahun ini akan ingat kembali semasa peperiksaan berlangsung.
INSYALLAH :)

STOP BLOGGER SAMPAI 29NOV.Nanti malam 30Nov tulis balik.
GOOD LUCK
ALL THE BEST
TRY THE BEST
DO THE BEST
SELAWAT BANYAK-BANYAK