Harizah
Dashboard | +Follow
Taaruf
Saturday, 15 December 2012 | 10:49 am | 0 comments
Assalamualaikum.
Segala puji bagi Allah subhanahu wa ta’ala, Rabb semesta alam.
Shalawat dan salam semoga senantiasa tercurahkan kepada Nabi kita Muhammad shalallahu ‘alaihi wassalam, keluarga, para sahabat, dan orang-orang yang mengikuti beliau hingga akhir zaman.Alhamdulillah  hari ini aku dapat mengenal satu perkataan yang amat bermakna dan penting dalam kehidupan umat islam didunia ini yang betul-betul mengamalkan cara para nabi kita yang terdahulu.Alhamdulillah hari ini aku dapat mengenal satu perkataan iaitu "Taaruf".Apa itu "Taaruf"?

‎"Di Islam kami tidak mengenal pacaran, biasanya kami melakukan ta’aruf." - Fahri dari filem Ayat-ayat Cinta.



Taaruf itulah mendedahkan keserasian, cuma takrif ‘taaruf’ dan ‘serasi’ dalam fikiran manusia berlainan. Islam mengajar manusia taaruf yang ada sempadan, terpelihara dan terjaga dari kemaksiatan, bukan taaruf melalui bercinta sakan.
Islam mengajar serasi dengan ajaran Tuhan, bukan serasi dengan kehendak pasangan. Cinta ar-Rahman menjana kebahagiaan, lantaran itulah batasanNya tidak boleh dipermainkan.

"Di saat engkau meminta diri ini, lihatlah agama yang ada dalam diriku..
Kerana aku akan mendidik bakal-bakal zuriatmu kelak..
Jangan kau pandang akan kecantikan luaran yang ALLAH anugerahkan ini..
Kecantikan luaran ini ada pada setiap wanita, tetapi aku menjaga dalamanku..
Supaya keredhaan ALLAH selalu bersamaku walaupun aku terluka..
 
Andai engkau bakal menjadi imam pada solat malamku..
Bimbinglah aku menjadi yang terbaik untuk keluarga dan agama..
Andai hilang rasa cinta dan kasihmu terhadap diri ini..
Ingatlah bahawa ini amanah ALLAH terhadapmu..
 "
Selain itu saya dapat bahawa Proses " ta’aruf " merupakan suatu proses awal menuju proses selanjutnya, yaitu khitbah dan akhirnya sebuah pernikahan.

Ya rijal (lelaki), pikirkanlah baik-baik, matang-matang, dan masak-masak sebelum menawarkan sebuah jalinan bernama ta’aruf. Jangan mudah melontarkannya jika tak ada komitmen dan kesungguhan untuk meneruskannya. 

Mengertilah keadaan nisa' (perempuan). Kamu semua tahu, bahwa sifat kaum hawa itu lebih sensitif. Mereka mudah sekali terbawa perasaan. Disedari atau tidak, diakui atau tidak, nisa' ini adalah makhluk yang sangat mudah sekali perasan, suka disanjung, suka diberi pujian apalagi diberi perhatian lebih.


Jadi saat kata ta’aruf atau mungkin khitbah itu keluar dari lisan seorang lelaki baik dan solih seperti kamu semua, tak ada alasan bagi an-nisa' untuk menolak. Kerana jika mereka menolak tanpa alasan yang jelas, maka hanya fitnah yang ada. 

Jadi, tolong tanyakan lagi pada diri kamu, apakah kata-kata itu memang keluar dari lubuk hati kamu (ikhlas)? 

Apakah kamu sudah memohon petunjuk kepada yang Maha Menguasai Hati? 

Apa kamu benar-benar siap (ilmu, iman, mental, fisik, materi, dll) untuk menjalin ikatan suci bernama pernikahan? 

Sekali lagi, berhati-hatilah dengan kata ta’aruf. Kerana ta’aruf adalah gerbang menuju pernikahan.


                                                           Sekian Terima Kasih.
                                        Alhamdulillah.
                                                                     Assalamualaikum.

|
About Harizah

 photo d8777368-3e73-4e1c-baab-66a57b9934f2.jpg
Facebook | Twitter
Assalamualaikum.Akhi dan ukhti.Nama ana Harizah Binti Kharal Anuar. 18 Tahun. Feedback is a good deed is better. Be kind to each other, turn off all heat hostilities, peace with the enemy, and multiply is a friend. The End

My Love

Allah,Nabi Muhammad saw,mother,mother.mother,father,all family,group usrah,my all friend,you all. -insyallah-

Ask Me