Jom belajar bahasa arab. :D
Friday, 1 February 2013 | 5:57 am | 0 comments
Kata ganti orang pertama maskulin/feminin (sama)
1. Anaa : saya
2. Nahnu : kami
Ikhwan: Saudara laki: laki (jamak)
Akhwat: Saudara perempuan (jamak)
Ukhti : panggilan untuk saudari perempuan
Akhi: panggilan untuk saudara laki:
Atau istilah lain akhi dan ukhti adalah orang yang kita hargai baik perempuan dan laki2
Antum : kamu (jamak)
Ikhwah fillah: saudara sekalian
Afwan: maaf
Tafaddhol: silahkan
Jazakumullahu khair: terimakasih banyak
anta : kamu, [lelaki]
antuma: kamu,dua orang [lelaki]
antum: kamu,ramai: ramai, [lelaki]
anti: kamu, [perempuan]
antuma: kamu,dua orang, [perempuan]
antukanna: kamu, ramai: ramai, [perempuan]
ana: saya
nahnu: kami
Keif Halaq: how are you
Zein: I’m fine
Ismi: My name is
Shukran: Thank you
Afwan: You’re welcome
Asf: maaf
Ahlan wa sahlan: selamat datang
Sabah al kheir: Selamat pagi
Nih aslinya adalah: Kaifa haluka (maskulin : tunggal)
Kaifa haluki(feminin : tunggal)
Kaifa halukuma(maskulin/feminin : dual)
Kaifa halukum(maskulin : plural)
Kaifa halukunna(feminin : plural)
Apa khabar anda hari ini : kaifa haluka ( ki kalau perempuan) al : yaum?
How is your pain? : kaifa bi maradhika
do u need any assistance : hal turid ayyu musa’adah minni?
Asf : maaf
Ahlan wa sahlan : Selamat datang
Sabah al Kheir : Selamat pagi
Hada : ini (masc)
Hadihi : itu (fem.)
Haadza : Ini (m)
Haadzihi : Ini (f)
Dzalika : Itu (m)
Tilka : Itu (f)
na`am : iya , oke ( klo Ammiyah Mesir : Aiwa )
Beit -> rumah
Matar -> airport
Madrasah -> sekolah
Laa atakalam arabiya -> I dont speak Arabic
kal Englisi? – > (lupa2 inget ini.. klo gak salah sih bener) Do you speak English?
chab -> shut up
mafi mushkila -> no problem
shway shway -> pelan2
taal -> come here
kullu : tiap2/setiap
nadsin : diri
daikotul : menjumpai
maut : kematian
Shukran katsiiran (terimakasih banyak)
Gen-Q A Step Forward
Friday, 25 January 2013 | 7:58 am | 0 comments
Assalamualaikum ukhti dan akhi.
Segala puji bagi Allah subhanahu wa ta"la tuhan semesta alam.

Alhamdulillah masuk hari ini sudah lima hari meninggaal program Gen-Q yang sekarang hanya meninggalkan ingat di mindaku ini.Subahanallah tak boleh nak bayangkan sungguh rindu akan program tersebut yang meninggal banyak cerita dan kenangan.Di sanalah tempat aku berubah ke arah kebaikkan dari baik ke lebih baik,mengenal ape itu erti sebuah persahabat dan kasih sayang antara sesama manusia dan semua makhluk ciptaan Allah.Mendalami serba sedikit maksud Al-quran dan terjemahannya.Subahanallah sangat seronok .Tak menyesal walaupun terpakse tinggalkan kelas bahasa inggeris hari sabtu tersebut.
Pelbagai aktiviti yang kami semua laksanakan antaranya dengar tazkirah yang amat mendalami isi-isinya,ice breaking ,ceramah formula kebangkitan umat,berkayak,buat rakit,naik rakit,kembara tadabbur alam(masuk hutan),forum,LDK-tunjuk ajar ku sifu,LDK-10 peribadi mukmin,membace ayat al-quran setiap seorang dan terangkan maksud dll.Sangat seronok dan tak rugi walaupun dapat tahu program ni saat-saat akhir,pagi dapat tahu,petang sudah kena pergi nasib mak kasih pergi program sebegini.Alhamdulillah.
Ini antara serba sedikit gambar yang kami sempat tangkap. :D
.jpg)


Semoga ukhwah antara kita semua berkekalan hingga akhir ayat kita ye ukhti2 sekalian.
Amin. :D
P/S :insyallah kalau diizin allah ana akan masuk ke MTAS selama satu bulan lebih. 1 feb - 12 mac.
Doa-doakan ana ye semoga dipermudahkan urusan dan memperoleh keberkatan didunia dan akhirat kelak.Insyallah.
Aku seorang manusia,anak,pelajar,kawan dan juga remaja yang biasa.
Thursday, 17 January 2013 | 8:37 am | 0 comments
Setiap manusia pasti melakukan dosa apatah lagi remaja yang baru mengenal kehidupan. Aku juga remaja dan aku juga tidak terlepas dari melakukan dosa, pasti banyak dosa-dosa yang aku tidak sedari. Aku juga masih mentah untuk menghadapi dunia sebenar yang penuh dengan fatamorgana dan godaan syaitan yang meragut jiwa.
Setiap doa di dalam solat, seringkali aku berdoa agar diriku ini dijauhkan dari kemungkaran yang merosak akhlak dan jiwa. Aku sedar yang aku bukanlah remaja yang hebat, pandai, dan mendapat A dalam semua subjek. Aku hanyalah remaja biasa yang hanya belajar di sekolah biasa dan bergaul dengan rakan-rakan biasa.
Tetapi, aku berharap yang aku diberi laluan untuk menghadapi kehidupan yang lebih baik dengan bersekolah di sekolah agama dan berkawan dengan rakan-rakan yang luar biasa. Bukan aku tidak bersyukur dengan kehidupan yang Allah SWT berikan. Fitrah seorang manusia menginginkan kehidupan yang lebih baik.
Rakan-rakanku bukanlah berpendidikan tinggi atau mempunyai keluarga yang sempurna. Aku juga sama. Aku menulis artikel ini bukan untuk menunjuk atau meluahkan perasaan. Tetapi, Aku ingin menumpukan bahawa singnifikannya harapan dalam diri manusia dan diri aku. Di dalam hati, acapkali aku bertanya "Adakah diriku ini disayangi Allah?". Setiap kali hatiku menanyakan soalan itu, air mataku deras menitis. Aku mengaku yang diriku ini selalu kalah dengan godaan syaitan yang durjana.
Di dalam solatku tidak putus-putus aku berdoa agar aku diberi petunjuk di jalan yang benar. Kadangkala, apabila aku ingin menjadi lebih baik, pasti akan dihujani dengan dugaan yang menjerihkan jiwa.
"Ya Allah, Aku amat menyayangimu. Aku memohon kepada mu Ya Allah, Kau tunjukkanlah jalan yang lurus kepadaku."
Allah berfirman:
"(Mereka berdoa dengan berkata): 'Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya"
(Surah ali-Imran ayat 8)
(Surah ali-Imran ayat 8)
FirmanNya lagi:
"Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga orang-orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya. (Mereka berkata): 'Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain Rasul-rasulnya'. Mereka berkata lagi: Kami dengar dan kami taat (kami pohonkan) keampunanMu wahai Tuhan kami, dan kepadaMu jualah tempat kembali'"
(Surah al-Baqarah ayat 285)
(Surah al-Baqarah ayat 285)
Allah berfirman lagi;
"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): 'Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir'"
(Surah al-Baqarah ayat 286)
(Surah al-Baqarah ayat 286)
Allahuakbar, Allah Maha Besar. Sungguh ayat-ayatNya memberikan aku semangat. Kini, aku yakini walau pun tidak berpeluang untuk belajar di sekolah yang ku inginkan, namun aku percaya ilmu Allah itu Maha Luas. Di bumi Allah itu semuanya penuh dengan didikan hatta ujian itu juga adalah didikan jiwa yang boleh mendekatkan diri pada Allah.
Aku percaya, bukan kerana dari mana kita bergraduasi.. Bukan bidang agama yang menentukan kita orang yang beragama tetapi sejauh mana kita mengamalkan apa jua yang kita pelajari. Samaada ilmu dunia atau ukhrawi, selagi mana ianya dihadam untuk tujuan akhirat, maka ianya akan memberi kebaikan kepada orang tersebut.
Moga kita semua mendapat iktibar. Insyaallah.
"Maka bersabarlah engkau (Muhammad) ata apa yang mereka katakan. Dan bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu sebelum matahari terbit dan sebelum terbena, dan bertasbihlah (pula) pada waktu tengah malam dan di ujung siang hari, agar engkau merasa tenang"
(Surah Taha ayat 130)
(Surah Taha ayat 130)
- Artikel iluvislam.com
Taaruf
Saturday, 15 December 2012 | 10:49 am | 0 comments
Assalamualaikum.
Segala puji bagi Allah subhanahu wa ta’ala, Rabb semesta alam.
Shalawat dan salam semoga senantiasa tercurahkan kepada Nabi kita Muhammad shalallahu ‘alaihi wassalam, keluarga, para sahabat, dan orang-orang yang mengikuti beliau hingga akhir zaman.Alhamdulillah hari ini aku dapat mengenal satu perkataan yang amat bermakna dan penting dalam kehidupan umat islam didunia ini yang betul-betul mengamalkan cara para nabi kita yang terdahulu.Alhamdulillah hari ini aku dapat mengenal satu perkataan iaitu "Taaruf".Apa itu "Taaruf"?


Taaruf itulah mendedahkan keserasian, cuma takrif ‘taaruf’ dan ‘serasi’ dalam fikiran manusia berlainan. Islam mengajar manusia taaruf yang ada sempadan, terpelihara dan terjaga dari kemaksiatan, bukan taaruf melalui bercinta sakan.
Islam mengajar serasi dengan ajaran Tuhan, bukan serasi dengan kehendak pasangan. Cinta ar-Rahman menjana kebahagiaan, lantaran itulah batasanNya tidak boleh dipermainkan.
"Di saat engkau meminta diri ini, lihatlah agama yang ada dalam diriku..
Kerana aku akan mendidik bakal-bakal zuriatmu kelak..
Jangan kau pandang akan kecantikan luaran yang ALLAH anugerahkan ini..
Kecantikan luaran ini ada pada setiap wanita, tetapi aku menjaga dalamanku..
Supaya keredhaan ALLAH selalu bersamaku walaupun aku terluka..
Kerana aku akan mendidik bakal-bakal zuriatmu kelak..
Jangan kau pandang akan kecantikan luaran yang ALLAH anugerahkan ini..
Kecantikan luaran ini ada pada setiap wanita, tetapi aku menjaga dalamanku..
Supaya keredhaan ALLAH selalu bersamaku walaupun aku terluka..
Andai engkau bakal menjadi imam pada solat malamku..
Bimbinglah aku menjadi yang terbaik untuk keluarga dan agama..
Andai hilang rasa cinta dan kasihmu terhadap diri ini..
Ingatlah bahawa ini amanah ALLAH terhadapmu..
"Bimbinglah aku menjadi yang terbaik untuk keluarga dan agama..
Andai hilang rasa cinta dan kasihmu terhadap diri ini..
Ingatlah bahawa ini amanah ALLAH terhadapmu..
Selain itu saya dapat bahawa Proses " ta’aruf " merupakan suatu proses awal menuju proses selanjutnya, yaitu khitbah dan akhirnya sebuah pernikahan.
Ya rijal (lelaki), pikirkanlah baik-baik, matang-matang, dan masak-masak sebelum menawarkan sebuah jalinan bernama ta’aruf. Jangan mudah melontarkannya jika tak ada komitmen dan kesungguhan untuk meneruskannya.
Mengertilah keadaan nisa' (perempuan). Kamu semua tahu, bahwa sifat kaum hawa itu lebih sensitif. Mereka mudah sekali terbawa perasaan. Disedari atau tidak, diakui atau tidak, nisa' ini adalah makhluk yang sangat mudah sekali perasan, suka disanjung, suka diberi pujian apalagi diberi perhatian lebih.
Jadi saat kata ta’aruf atau mungkin khitbah itu keluar dari lisan seorang lelaki baik dan solih seperti kamu semua, tak ada alasan bagi an-nisa' untuk menolak. Kerana jika mereka menolak tanpa alasan yang jelas, maka hanya fitnah yang ada.
Jadi, tolong tanyakan lagi pada diri kamu, apakah kata-kata itu memang keluar dari lubuk hati kamu (ikhlas)?
Apakah kamu sudah memohon petunjuk kepada yang Maha Menguasai Hati?
Apa kamu benar-benar siap (ilmu, iman, mental, fisik, materi, dll) untuk menjalin ikatan suci bernama pernikahan?
Sekali lagi, berhati-hatilah dengan kata ta’aruf. Kerana ta’aruf adalah gerbang menuju pernikahan.
Sekian Terima Kasih.
Alhamdulillah.
Assalamualaikum.
Gambangggggg.....Teluk Cempedak....
Wednesday, 12 December 2012 | 7:31 am | 0 comments
Assalamualaikum semua.
Apa khabar semua sihat?
Semalam aku baru balik dari Gambang yang awesome.Kejap je pergi,pergi pagi,balik malam tu.Walaupun kejap tetapi tersimpan banyak cerita yang menyoronokkan yang menyedihkan dan yang memboringkan.haha
Yang menyeronokkan ialah dapat pergi bersama-sama kawan-kawan 1 sekolah dan ade jugak kawan-kawan sama sekolah rendah,tambah lagi dapat kawan-kawan baru yang dari budak-budak luar tu.'yang menyedikan pula aku banyak lemas time mandi,gilaaaaaaa betul,hampir nak mati rasa.haha
tapi memang awesomeeeeee.haha..
Bende ni dalam,ni lah yang aku selalu lemas,yang pernah tudung nak tercabut sebab ombak dia memang mengilaaaaa ombak dia.
Ini yang paling paling paling best sekali dalam banyak tu.hahaha Walaupun naik bende ni sampai darah aku naik.hahaha.
tapi memang awesomeeeeee.haha..

Bende ni dalam,ni lah yang aku selalu lemas,yang pernah tudung nak tercabut sebab ombak dia memang mengilaaaaa ombak dia.






SPM OVER!!! Alhamdulillah
Thursday, 29 November 2012 | 9:48 am | 0 comments
Alhamdulillah.Akhirnya SPM bagi subject aku sudah selesai.
Alhamdulillah,bersyukur sangat-sangat akhirnya berakhir jugak,mudah-mudahan result SPM lebih baik dari PMR.Aminn.
Lepas ni bolehlah recycle buku-buku and kertas-kertas yang banyak dekat bilik belajar tu atau bagi dekat golongan yang memerlukannya.Isyallah.Lepas ni bolelah keluar rumah tiada had,sebelum ni berhad-had nak keluar rumah,so lepas ni bolelah lama-lama.Lepak dengan budak-budak ni,merayau ke dan yang paling penting nak jumpa kawan-kawan lama time sekolah rendah.sumpah rinduuu gilaa dengan dia orang. Nak jumpa diaorang before mereka ke PLKN,sebab ade yang kena pergi PLKN tu. So,bolelah jumpa dalam masa sebulan ni ,sebelum dia orang pergi PLKN bulan 1 ni .Supaya dapat lagi mengeratkan ukhwah antara kami semua.Hehe tak sabarnya,boleh cerita-cerita kenangan manis and pahit dengan diaorang time sekolah rendah dulu mana yang ingat.okey tak sabar.gedik pulak aku ni.
Nak tukar cerita lain,ni
tadi lepas selesai je paper seni visual 2 ,terus lepak bawah pokok main baling-baling tepung.First sekali sebab birthday Timah then saja-saja je.Mandi tepung and telur betul-betul tadi.
Balik dari sekolah sampai je rumah muka masing-masing semua cantik dengan tepung. :D Bestlah jugak.Last dekat sekolah tadi,kalau tak amik form6 .Tapi tak amik kot,tengoklah nanti.
SPM 5 NOV-29 NOV
Friday, 2 November 2012 | 12:51 am | 0 comments
Dup..dup..dup..jam bergerak menunjukkan pukul 3ptg yang tepat.Aaah pukul 3 sudah weh,bercakap dalam diri sendiri.Aaah Isnin ni Peperiksaan yang sebenar SPM bermula.Takut,tak sabar,risau,dan segalanya adalah dalam diri ni.Bak kata cikgu Azman minggu lepas kitaorang punya batch hanya bersedia baru 30% Padahal exam nak amik isnin ni,tapi baru sedia 30% .Semua macam still boleh main-main,gelak-gelak,tidur dalam kelas semua.Tapi selepas kejadian tu berlaku semua tetiba dengan sendiri mengubah diri mereka ke arah kebaikkan walaupun macam dah last minit tapi tak ape,ade masa sikit lagi ni untuk baca nota-nota penting jelah,kalau nak baca satu buku teks tu memang tak sempatlah.Yang kebanyakkan student batch 95 sekolah dm diaorang sekarang rajin buat exercise mathematics tambah-tambah lagi kelas 5E serius memang rajin.Hope kami semua dapat menjawab peperiksaan SPM dengan baik dan mudah Isnin ni.
Semalam ade majlis restu dan perjumpaan tiga penjuru,Puan pengetua berucap semasa majlis restu yang aku ingat ayat dia sampai sekarang ialah "Jangan ulangi kesilapan semasa tahun 2010,teruskan cipta sejarah macam tahun 2011."Sebab masa tahun 2010 batch 1995 batch kitaorang semua masa result PMR keluar,buatkan graf sekolah turun mendadak.So dia nak kitaorang jangan ulangi perkara yang sama masa tahun 2010.Tahun 2011 pulak batch 1994result SPM diaorang naikkan graf sekolah daripada 0.1 naik 1 kira okeylah jugak,so pengetua harap sangat dan berdoa agar kitaorang semua tidak mengulangi perkara itu kembali.Okey SPM start Isnin ni sampai 6 Dis.Tapi paper aku habis 29nov awal sikit je.Doakan aku dan kawan yang sebaya dapat menjawab dengan tenang dan mudah-mudahan apa yang cikgu kitaorang ajar selama 5tahun ini akan ingat kembali semasa peperiksaan berlangsung.
INSYALLAH :)

STOP BLOGGER SAMPAI 29NOV.Nanti malam 30Nov tulis balik.
GOOD LUCK
ALL THE BEST
TRY THE BEST
DO THE BEST
SELAWAT BANYAK-BANYAK
Percubaan SPM
Thursday, 13 September 2012 | 12:47 am | 0 comments
Alhamdulillah.Akhirnya percubaan aku hampir ke penamatnya.So lepas ni bersedia untuk SPM yang sebenar.Jangan main-main lagi ye Harizah,SPM nak dekat dah.Lepas ni kena banyakkan lagi buat latihan and lihat tajuk ape yang tak faham lagi.okey! sampai sini,no idea!?!?!?!?!
Ponteng kelas
Wednesday, 12 September 2012 | 2:08 am | 0 comments
Aku bangun tidur lambat,tahulah tak pergi sekolah pastu bangun lambat.Tapi tak ada lambat ,pkol 8.30 je pon.Aku memenag dah rancang tak nak pegi sekolah hari ni sebab hari ni percubaan bukan paper aku esok baru paper aku.Tapi time abang aku mahu pergi kerja,dia pergi jerit dekat aku ,"Adik!!!kau tak pergi sekolah ke??SPM nak dekat !!kau tak sedar-sedar lagi ke??pemalas!!''
Ah sebok je dia tu,tahulah dalam minggu ni aku sudah 2 kali tak pergi sekolah.Aku tak pergi sekolah pon bukan sebab aku malas,or nak poteng,sebab cikgu aku sendiri cakap kalau kamu semua time tak ada paper tak payah datang,bace buku dekat rumah,nanti kalau kamu semua datang sekolah pastu tak ade paper,mesti kamu semua berborak-borak,kamu semuakan suka berborak-borak .Aku dan kawan-kawan yang lain mengambil keputusan supaya tak hadir ke sekolah pada keesokkan harinya iaitu hari ini.Tapi hari ini aku bukan bace buku untuk paper esok,aku pergi ajak kawan-kawan aku ira,amalina tasya datang rumah sebab aku baru dapat recepi nak buat spegetti dari sepupu akak izwah.Tahun lepas pernah buat,pastu sudah lupa sebab lama dah tak buat.Melayukan mudah lupa.
Bahan-bahan dia semua mak aku sudah belikan semalam sebab aku rancang nak buat petang ni kononnya,tengok-tengok aku tak pi sekolah,ape lagi tengah hari tadi aku p buat sama kawan aku.Huru-hara dapur tu sebab ramai sangat yang membantu mmbuat spegetti.
Last-last menjadi jugak spegetti aku.Ingat buat colour putih gitu,tapi ada bahan yang tak ada,so warna merah jelah.
Ini dia spegetti aku hahaha..tak cantik mana pon.Walaupun tak cantik,tapi dia sedap.hahaha.

Nanti bila korang nak rasa air tangan aku dan kawan-kawan aku bole mai rumah.haha
Mathematics, kau selalu buat aku kecewa!
| 1:47 am | 1 comments
p/s : kepada student yang memang bijak pandai cerdik dalam mathematics tu,Please ajar aku nih yang slow .Abang-abang and kakak aku minat gila Mathematics.Setiap kali Exam diaorang mesti target A.Aku ni ermm tadapower .First: aku boleh je score Math.tapi dah aku malas nak buat latihan banyak-banyak .
Second: Time form 1 and form 2 perteganhan bulan aku selalu score B,C lepas je ade cikgu yang aku agak anti tu terus D je.Armmmm.
Third :Paper 1 selalu aku tikam je,tapi yang aku tahu buat aku buat betul-betul.Paper 2 pulak mesti banyak aku tinggal kosong,yang aku tak tinggal kosong cuma Graf and lorek-lorek,line eqution.tu jelah.Haaaa teruk!!
Aku rasa macam nak tukar otak dengan kawan aku yang power dalam math tu.
Tapi sekarang sudah form 5,aku selalu target C.lolol walaupun cikgu dia best aku minat,tapi C jugak aku dapat.Hahaha.
Its okey,SPM hampir dekat dengan aku,so jangan nak main-main lagi puan harizah,banyakkan buat latihan puan harizah terutama dalam mathematics harizah.
LAMA!!
| 1:18 am | 0 comments
Lama sudah tak jejak dekat blog ni weh.haaaaaaa.busy busy busy.bye.Perosak Dunia!!
Friday, 24 February 2012 | 1:42 am | 0 comments
Saat pagi aku buka mata, dan membaca akhbar tentang engkau aku lihatan engkau rakus membunuh dan di bunuh. Telinga kedengaran bising tembakan dan tangisan. Hidung terlalu busuk menghidu hanyir darah. Lantas itu mahu sahaja aku butakan mata,tidak mempunyai akal hilangkan segala deria. Apa sudah terjadi pada dunia?
Aku terdiam lantas berfikir siapa engkau dan siapa mereka. Mengapa engkau di bunuh oleh mereka dan mengapa engkau membunuh mereka. Aku melihat engkau dan mereka serupa. Punya mata, telinga, jantina juga punya diri yang sempurna. Engkau dan mereka bukan beza antara binatang dan manusia. Bukan binatang yang perlu dikorban utk mendapat pahala. Bukan juga tumbuhan yang enak di mamah utk segagah tenaga. Itu manusia! buka mata engkau dan lihat mereka. Lihat mata mereka saat hujung pedangmu sampai ke lehernya. Lihat air mata yang tersisa di pipinya. Dengarkan rayuanya.
Apa engkau sudah bukan manusia yang lengkap di jadi tuhan dengan belas dan kasih?
Apa engkau bukan manusia yang tidak mampu lagi menzahirkan simpati?
Engkau ini siapa akhirnya sebenarnya nanti?
Apa engkau bukan manusia yang tidak mampu lagi menzahirkan simpati?
Engkau ini siapa akhirnya sebenarnya nanti?
Kini aku sedar yang engkau bukan lagi manusia.Ya, benar jasad dan fizikal kita sama, tapi naluri engkau bukan lagi bermakna. Engkau bukan bernaluri haiwan, mereka salah mengatakan demikian. Haiwan itu lebih mulia dari engkau. Haiwan pon pandai jugak kasih dan sayang kepada orang-orangnya selain anak dia.Engkau adalah syaitan jadian. Dirimu penuh dendam dan hatimu hitam. Akal fikiranmu tiada dan engkau sehina makhluk dunia. Tidak, aku tidak bersama engkau,aku tak akan mengaku engkau semanusia dengan aku,aku tak percaya yang kau ade akal fikiran,dan aku tak percaya yang kau tak sayang akan keluarga kau,ibubapa kau,tuhan kau.Kalau kau sayang kau tak akan buat sebegini,aku anggap kau lain dari sisi aku.. Sudah habis bicara dan kata menasihatimu. Engkau hanya layak di hina dan dilaknat olehnya. Setiap titisan darah yang terhasil dari pedangmu wajib di sucikan hanya dengan darah engkau sahaja. Mereka tidak bersalah dan aku bersamanya.Patutnya kami semua yang buat kau macam itu,bukan mereka.
Malam ini aku tidur. Sebelumnya akan ku angkat tangan memohon kepada yang Esa. Tanganku memang tak pernah bersenjata apatah lagi meratah manusia. Tapi kali ini, tangan yang biasa ini akan lama menadah meminta supaya engkau terhina dan di lenyapkan dari dunia. Sudah ramai menjadi mangsa sejak keberadaan engkau di sini. Biar engkau lenyap dan menerima padah di alam sana. Aku menadah juga meminta agar segenap kekuatan engkau musnah, Biar tuhan bersama bagi yang teraniaya. Aku bukan bersama engkau tapi demi mereka rakyat di Syria!Rakyat seagama dengan aku.Rakyat yang lebih pandai,bijak dari kami semua.Yang akan menjadi ketua negara yang paling bagus.Tapi keinginan aku ini hanyalah mimpi,sebab mereka telah dikerjakan oleh engkau sehabis-habisnya.Kalaulah mereka hidup seperti kami semua disini mungkin mereka akan mendapat pendidikan yang sempurna,tempat tinggal yang selesa,tiada ketakutan tiada tangisan setiap hari,masa,saat.
Kepada mereka yang teraniaya, aku faham dan mengerti keadaanmu saudara. Engkau insan terpilih tuhan untuk mati mulia. Bergembiralah saat senjata musuh didadamu, gembiralah saat pedang musuh di lehermu, gembiralah saat jasadmu dipisah dari nyawa kerana ia akan bertemu tuhan maha pencipta. Apa lagi yang lebih gembira selain meninggalkan dunia caca merba dengan penuh bahgia dan mulia. Apa lagi yang lebih sempurna selain syahid mulia.Engkau benar-benar peroleh mulia dan kasih dari tuhan kita. Moga syurga dan bidadari menantimu di sana. kasihku pada engkau tak pernah padam duhai saudara. Doaku tidak putus bagimu di sana. Sejahteralah saudaraku di Syria .
Student + Study + Focus = SPM
| 1:25 am | 0 comments
Pada tahun ni,tahun bersejarah untuk aku sebab nak SPM .
SPM sangat penting,kalau tak lulus result dia kena ulang balik.Auzubillah..weh...
Kadang-kadang aku merasakan kenapa pelajar darjah 6 kena UPSR,
pelajar tingkatan 3 kena PMR and student form5 kena SPM.
Itu semua sudah lumrah,ia adalah untuk menguji tahap kepandaian or kebijaksanaan
seseorang pelajar itu.And sesiapa yang berjaya dan mendapat good result dia mungkin dapat masuk ke U,Kolej and lagi bagus sambung ke overseas. Sapa tak nak kan??aku tidak nafikan yang aku
mempunyai keinginan sebegina juga ingin masuk U,dapat segulung ijazah,dapat kerja yang bagus-bagus,
dapt beli rumah,dapat bantu ibubapa and balas jasa diaorang and
dapat menghujudkan sebuah rumah tangga yang bahagia.Hidup senang-lenang.
Siapa tak nak kan?
Ni sekarang sudah masuk bulan 2 and tidak lama lagi akan masuk bulan Mac.Sekejap
saja masa berjalan,pantas betul.Tapi dalam pantas-pantas masa itu berjalan
adakah aku yang exam ni sudah get ready for Examination.
Erm..start dari sekarang cikgu-cikgu yang mengajar dalam subject yang ade kena mengena dengan kerja
kursus mulalah bagi student-student dia semua tugasan kerja kursus.

Arh..kadang-kadang rasa tention jugak bila jadi student peperiksaan.
Balik sekolah kena study,malam kena study and kekadang time malam tu boleh pulak

Erm..
Tapi kita tak boleh macam ni .Kena belajar dalam keadaan happy and tenang je.Senanglah nanti ilmu nak masuk.And mudah nak ingat.

Tapi apakandaya itu adalah ujian dari Allah.Kita hanya mampu bersabar,berusaha,menjalankan sahaja perkara tersebut.Kalau kita tanam dalam diri kita dengan niat yang betul insyallah Allah akan beri kepada kita
hadiah yang tak ternilai harganya dan tak dapat diungkap dengan kata-kata.
So,study kenalah happy and paling penting ikhlas and niat kerana Allah.
Student + Study + No kidding = SPM
| 12:47 am | 0 comments
SKAU
Thursday, 23 February 2012 | 1:23 am | 0 comments

Serius aku rindu gila time ni.Bende baru banyak belajar dekat sini.
Gabungan pelajar-pelajar KGO,PUSAT TUITION MAWAR,AL-JABBAR.
Maulidurrasul
Sunday, 5 February 2012 | 9:17 am | 0 comments
Pada hari ini umat Islam menyambut ulang tahun keputeraan junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Di Malaysia, saat menjejak tanggal 12 Rabiulawal, setiap dari kita mula bersiap sedia menghadapi hari-hari yang dinanti. hari cuti umum!. Pada hari cuti umum ini, akan diadakan keraian-keraian Islami yang dipenuhi aturcara mengenang Rasulullah dengan berselawat merdu, bernasyid dan berceramah. Tidak akan ketinggalan walau satu tahun pun, upacara-upacara sebegini akan diadakan. Persoalannya, sejauhmanakah sambutan ini benar-benar bermakna pada kita?
Pengulangan dari tahun demi tahun mampu menjadikan sambutan ini sekadar satu upacara ritual yang harus dilaksanakan. Tidak menjadi masalah sekiranya kita hanya mengikut-ikut orang lain pada walnya dengan mengharapkan sebuah keikhlasan beribadah di hujungnya, tetapi amatlah merugikan kerana Maulidurrasul sebenarnya mampu menjadi satu ibadah cinta agung yang mampu mengundang pahala dan syafaat daripada Rasulullah tercinta. Menarik bukan? Tetapi, bagaimana pula caranya?
Segalanya bermula dengan sebuah kisah cinta. Setiap yang dilakukan menjadi lebih bermakna jika dihadiri dengan perasaan cinta. Dengan rasa cinta, kita tidak akan berkira walau sebanyak mana kudrat yang perlu kita gunakan untuk membuktikan sebuah nilai cinta pada insan tersayang. Cuba bandingkan dengan suatu perkara yang dilakukan dengan penuh rasa cinta, khas buat orang yang dicintai. Saat hadirnya cinta, yang susah jadi mudah, yang lama jadi sekejap, yang panas pun boleh menjadi sejuk. Inilah pesona dan penangan cinta.
Begitulah juga kita dengan Rasulullah S.A.W. Cinta seharusnya dipupuk dalam-dalam. Andai ada cinta, barulah kita benar-benar dapat merasakan betapa kita menanti-nanti tanggal 12 Rabiulawal. Bukan lagi sekadar kerana sebuah cuti umum yang diadakan dengan pelbagai program mengingati kuputeraan seorang yang ditugaskan menyampaikan risalah Allah, tetapi satu hari teristimewa yang amat dinantikan, untuk dilakukan pelbagai perkara yang mampu membuatkan baginda semakin sayang pada kita semua.
Semestinya perasaan itu tidak mampu hadir serta-merta. Bukan mudah menerbitkan cinta. Bukan mudah juga untuk jatuh cinta. Untuk mencintai, semestinya kita harus mengenali. Bukan cukup kalau sekadar mengenali bibliografi, tetapi harus menganjak jauh mengenali hati budi. Percayalah bahawa, setelah mengenali baginda, terlalu mudah untuk kita jatuh cinta dengan insan agung yang dicintai Allah ini. Peribadinya sahaja sudah cukup membuatkan yang mengenalinya tertawan. Mana tidaknya, akhlak baginda merupakan cerminan al-Quran. Pelbagai kisah menarik yang tercatat dalam sirah yang mampu membuatkan kita tersenyum, merindui kehadiran baginda dalam kehidupan kita. Tambahan pula apabila mengetahui, saat hayatnya, kita semua yang tak pernah diketemuinya ini disebeut-sebut, malah hingga ke akhir hayatnya, baginda masih mengingati umatnya dengan lafaz syahdu.. \"ummati..ummati..ummati...\".
Mana mungkin kita gagal untuk jatuh cinta pada baginda?
Bukan setakat mencintai.. Setelah mencintai, pastinya jiwa menggesa untuk berkorban membuktikan cinta. Dengan cinta, lafaz \"Aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah\" pastinya lebih bermakna. Kesaksian yang terkepil dengan satu amanah penyaksian misi dakwah Rasulullah yang harus diteruskan sudah tentu menjadi satu azam yang terpasak dalam jiwa. Bukan lagi menjadi sebuah tanggungjawab yang dirasakan terpaksa untuk dilangsaikan, tetapi sebagai satu bukti rasa cinta mengharapkan Rasulullah S.A.W turut mencintai kita,mencintai umat yang tegar menuntun perjalanan profesyen utama baginda, profesion seorang pendakwah.
Lafaz selawat "Sallallhu 'ala Muhammad, Sallallahu 'alaihi wasallam" juga mudah dilafazkan dengan getar rasa cinta dalam jiwa. Tiap lafaz dialunkan dengan rasa cinta dan rindu yang cukup mendalam, mengharap syafaat daripada baginda di akhirat kelak. Lafaz ini pastinya dikumat-kamitkan selalu dengan penuh pengharapan supaya nanti saat ketemu di akhirat, kitalah yang diperhatikan baginda saat baginda berpaling melihat umatnya, dengan senyuman terindah. Subhanallah..betapa indahnya!
Setiap perkara sunat yang diperturunkan juga dapat dilakukan dengan penuh rasa ikhlas, tanpa sedikit pun rasa terbeban. Betapa indahnya kehidupan, apabila tertambahnya sebuah nilai agung yang membuatkan urusan dunia yang asalnya hambar, menjadi urusan akhirat yang akan dihitung ke Syurga. Bersukan bukan lagi sekadar menjadi pengisi masa terluang untuk bersuka-suka, tetapi sesuatu yang besar ertinya pada pemantapan kekuatan ummah apabila ianya disarankan oleh Rasulullah. Membahagiakan ahli keluarga dan jiran tetangga bkan lagi menjadi aksi-aksi sebuah akhlak asasi, tetapi sebuah tanggungjawab yang bernilai Syurga.
Dengan cinta inilah, seluruh kehidupan kita mempunyai roh sebuah kehidupan bernilai akhirat, sejajar dengan matlamat baginda didatangkan kepada umatnya, termasuklah kita, umat akhir zaman. Kedatangan baginda memberi sebuah sinar kehidupan, yang memperjelas jalan-jalan ke Syurga. Semestinya, pilihan berada di tangan kita. Mempertaruhkan sebuah ketaatan dengan satu keterpaksaan, atau menyulam ketaatan dengan sebuah keikhlasan rasa cinta? Tepuk dada tanya selera. Akhir kalam, ayuh kita risik-risikkan khabar jiwa kita semua.. Seistimewa manakah nilai sambutan keputeraan baginda pada tahun ini pada kita? juga.. seistimewa manakah baginda Rasulullah dalam 364 hari yang lainnya pada pada kita? Semoga nanti di akhirat, semua diantara kita berjaya memenangi syafaat dan senyuman Raulullah..
Selamat
Aku Juga Mampu
Thursday, 22 December 2011 | 6:40 pm | 0 comments

Sedar tidak sedar dunia semakin tua, masa semakin pantas berlalu.Umur semakin meningkat, Rambut yang dahulunya hitam sudah kelihatan sedikit keputihan. Kudrat yang dahulunya gagah sudah semakin lemah.
Wajah yang dahulunya jambu sudah menjadi layu. Ini semua bukti kepesatan masa yang tidak mampu sesiapa pun mengawalnya.
Dalam keadaan sebegini kita sebenarnya memerlukan satu dahan untuk berpaut. Berpaut dari terus dihanyutkan arus dunia yang entah membawa kita ke arah mana. Kita perlukan dahan sebegitu teguh dan kuat kerana bukan hanya kita sahaja yang mahu memautnya tetapi juga ayah, ibu, rakan, teman dan semua mereka yang tidak mahu terus tenggelam oleh tsunami masa gila.
Usah terus dipermainkan oleh dunia tetapi kitalah yang harus mempermainkanya. Kata ustaz di masjid kelmarin, hanya jika benar kita faham apa makna dunia, maka tiada langsung niat mengejar kemewahan yang menggila ini akan terlintas.
Tidak terfikir nanti mahu memiliki kereta mewah skyline atau lancer. Tidak terfikir mahu memilik i-phone dan tidak berminat mengejar chikaro cantik berdahi lincin dan berdagu runcing. Ini semua permainan dunia.
Siapa kata tidak mahu bercinta?
Siapa kata tidak cemburu dan jeles melihat kalian berpegang tangan dan berpesta. Itu belum masuk bercumbu cendana di bawah pohon mangga. Cemburu dan jeles. Aku juga punya nafsu, aku juga punya cinta. Adakah kamu percaya?
Aku ada henset yang cukup kreditnya untuk sms setiap masa. Aku punya cukup wang mahu keluar berdating dan menonton wayang juga. Walaupun henset aku murah dan bukan i-phone tetapi aku mampu untuk bergayut berjam-jam bersama yang tercinta. Ya, aku mampu melakukanya seperti apa yang kau lakukan bersama si dia!
Cuma aku tidak mampu untuk menghina agama. Agamaku cantik, bersih, lengkap dan indah. Tuhan aku dan Rasul aku tidak pernah sesekali mengizinkan perhubungan anatara bukan mahram sebelum akad terlaksana. Cuma itu sahaja beza upaya kita.
Ini sahaja yang aku tidak mampu melawannya tetapi kau yang terlalu berani membuat langkahan sedemikian rupa. Cuma, aku berjanji dan bersumpah andai sudah terlaksana akad yang penuh makna suatu hari nanti, wanita itu akan menjadi permaisuri paling berharga kerana cintaku tidak pernah ternoda.
Pada Allah S.W.T tempat aku berpaut dan berdoa, semoga terus melindungiku dari tsunami dunia yang menggila. Semoga aku, kau dan mereka terus berpaut pada dahan yang sama.
Takrif Gagal : Orang Hebat VS Orang Biasa
| 6:21 pm | 0 comments
"Aduh, fail.." .. "Aaaah, rugi, rugi..".. "Gagal lagi.."Itulah antara keluhan yang sering kita dengar apabila kenyataan yang diharapkan bertukar menjadi malapetaka. Pastinya ketidaksampaian harapan atau ringkasnya gagal, baik dalam apa jua pekerjaan mahupun sebagai pelajar mencetuskan pelbagai perasaan.
Kecewa. Marah. Bengang. Sedih. Putus asa. Paling memeritkan apabila segala wang, kudrat, masa dilaburkan namun keputusannya bukan memihak kepada kita. Semuanya terasa segala pelaburan itu bagaikan sia-sia sahaja.
Namun, apa sebenarnya erti gagal?
Kenapa ada mereka yang mampu bangun dengan gemilangnya walaupun sebelumnya gagal?
Kenapa ramai lagi mereka yang gagal, langsung tidak terbangun selepas kejatuhan mereka?
Kedua-dua golongan ini gagal dan dilanda keperitan yang amat sangat, namun apakah yang membezakan dua golongan ini?
Tuah? Usaha? Kebetulan? Banyak faktor menyumbang kepada kebangkitan semula orang yang hebat daripada kegagalan.
Antara faktor yang terbesar bagi mereka ialah takrifan gagal. Mereka menjadi semakin hebat selepas setiap kegagalan kerana mereka memahami dan melihat makna gagal lebih hebat daripada orang biasa.
Orang biasa mentakrifkan kegagalan sebagai ketidaksampaian hasrat dan impian yang dicitakan.
Hurm, adakah benar?
Namun, pentakrifan gagal oleh orang hebat ternyata berlainan dan lebih hebat. Orang hebat melihat kegagalan sebagai maklum balas tentang perkara yang tidak akan membawa mereka ke arah kehebatan.
Renung sejenak kata-kata Thomas Edison yang gagal 1000 kali dalam mencipta mentol pertama di dunia.
"Saya bukannya gagal 1000 kali, tetapi saya menemui 1000 cara yang tidak akan menghasilkan mentol".
Keputusannya?
Terciptalah mentol lampu pertama di dunia. Jika tidak kerana semangat beliau, mungkin mentol belum tercipta, dan mungkin kita masih menggunakan lampu minyak tanah sehingga sekarang.
Setiap kali ditimpa kegagalan, orang hebat melihatnya sebagai jalan atau tindakan yang tidak akan membawanya mengecapi impiannya. Justeru, mereka tidak akan mengulangi perkara dan tindakan yang sama di masa hadapan. Yang betul diteruskan, yang salah dihindarkan.
Lantaran itu, mereka semakin bijak mengatur langkah mengorak jalan ke arah kejayaan dengan hanya melakukan perkara yang betul dan hebat sahaja. Itulah yang dimaksudkan dengan kegagalan sebagai maklum balas atau "feedback".
Melihat kegagalan daripada sudut pandang positif menjadi nadi utama kebangkitan orang hebat. Biarpun terkesan emosinya, kuasa positif nyata lebih dominan untuk melonjak kembali semangat mereka untuk terus berusaha menggapai impian mereka.
Berbanding orang biasa yang melihat kegagalan sebagai penamat kepada segala usaha mereka selama ini. Merasakan segalanya sudah musnah, mereka seakan takut untuk bangun kembali.
Orang hebat hanya melihat diri mereka sebagai gagal jika mereka memutuskan untuk tidak merealisasikan impian mereka. Apapun terjadi, segalanya dijadikan maklum balas positif, dan tiada apa yang dapat memutuskan mereka dengan impian mereka kecuali diri mereka sendiri dan takdir Allah S.W.T.
Kegagalan di tangan anda. Jika anda putuskan sebagai kegagalan, maka anda memang gagal. Namun, ingatlah, membina impian bukannya mudah.
Rasulullah S.A.W sekalipun memerlukan tempoh bertahun-tahun untuk membuka kembali Kota Mekah biarpun dilanda pelbagai ujian dan kekalahan. Usah pernah putus asa dengan diri sendiri dan rahmat Allah S.W.T. Selamat berjaya dan sukses selalu!
..:: DETIK-DETIK TERAKHIR PERISTIWA WAFATNYA RASULULLAH SAW ::...
Wednesday, 21 December 2011 | 7:57 am | 0 comments
Dari Ibnu Mas’ud ra bahawasanya Rasulullah SAW bersabda :
Ajalku hampir tiba, dan akan pindah ke hadhrat Allah, ke Sidratulmuntaha dan ke Jannatul Makwa serta ke Arsyila’la.”
Kami bertanya lagi : “Siapakah yang akan memandikan baginda ya Rasulullah?
Rasulullah menjawab : Salah seorang ahli baitku.
Kami bertanya : Bagaimana nanti kami mengafani baginda ya Rasulullah?
Baginda menjawab : “Dengan bajuku ini atau pakaian Yamaniyah.”
Kami bertanya : “Siapakah yang mensolatkan baginda di antara kami?”
Kami menangis dan Rasulullah SAW pun turut menangis.
Kemudian baginda bersabda : “Tenanglah, semoga Allah mengampuni kamu semua. Apabila kamu semua telah memandikan dan mengafaniku, maka letaklah aku di atas tempat tidurku, di dalam rumahku ini, di tepi liang kuburku, kemudian keluarlah kamu semua dari sisiku. Maka yang pertama-tama mensholatkan aku adalah sahabatku Jibril as. Kemudian Mikail, kemudian Israfil kemudian Malaikat Izrail (Malaikat Maut) beserta bala tenteranya. Kemudian masuklah kalian dengan sebaik-baiknya. Dan hendaklah yang mula sholat adalah kaum lelaki dari pihak keluargaku, kemudian yang wanita-wanitanya, dan kemudian kamu sekalian.”
Sehari menjelang baginda wafat yaitu pada hari Ahad, penyakit baginda semakin bertambah serius. Pada hari itu, setelah Bilal bin Rabah selesai mengumandangkan azannya, ia berdiri di depan pintu rumah Rasulullah, kemudian memberi salam : “Assalamualaikum ya Rasulullah?” Kemudian ia berkata lagi “Assholah yarhamukallah.”
Kemudian Rasulullah SAW memanggil Ali bin Abi Thalib dan Abbas ra, sambil dibimbing oleh mereka berdua, maka baginda berjalan menuju ke masjid. Baginda sholat dua rakaat, setelah itu baginda melihat kepada orang ramai dan bersabda: “Ya ma’aasyiral Muslimin, kamu semua berada dalam pemeliharaan dan perlindungan Allah, sesungguhnya Dia adalah penggantiku atas kamu semua setelah aku tiada. Aku berwasiat kepada kamu semua agar bertakwa kepada Allah SWT, kerana aku akan meninggalkan dunia yang fana ini. Hari ini adalah hari pertamaku memasuki alam akhirat, dan sebagai hari terakhirku berada di alam dunia ini.”
Malaikat Maut Datang Bertamu
Pada esoknya, yaitu Senin, Allah mewahyukan kepada Malaikat Maut supaya ia turun menemui Rasulullah SAW dengan berpakaian sebaik-baiknya. Dan Allah menyuruh kepada Malaikat Maut mencabut nyawa Rasulullah SAW dengan lemah lembut. Seandainya Rasulullah menyuruhnya masuk, maka ia dibolehkan masuk, namun jika Rasulullah SAW tidak mengizinkannya, ia tidak boleh masuk, dan hendaklah ia kembali saja.
Maka turunlah Malaikat Maut untuk menunaikan perintah Allah SWT. Ia menyamar sebagai seorang biasa. Setelah sampai di depan pintu tempat kediaman Rasulullah SAW, Malaikat Maut itupun berkata :“Assalamualaikum Wahai ahli rumah kenabian, sumber wahyu dan risalah!”
Siti Fatimah pun keluar menemuinya dan berkata kepada tamunya itu : Waalaikum salam “Maafkanlah, ayahku sedang demam”, kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya.
Kemudian Malaikat Maut itu memberi salam lagi : “Assalamualaikum. Bolehkah saya masuk?”Akhirnya Rasulullah SAW mendengar suara Malaikat Maut itu, lalu baginda bertanya kepada puterinya Fatimah: “Siapakah itu wahai anakku?” Fatimah menjawab : “Seorang lelaki, sepertinya baru sekali ini saya melihatnya,” tutur Fatimah lembut.
Rasulullah SAW bersabda : “Tahukah kamu siapakah dia, wahai anakku?” Fatimah menjawab:“Tidak wahai Rasulullah.” Lalu Rasulullah SAW menjelaskan sambil menatap wajah anaknya, seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang : “Wahai Fatimah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut.” Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya.
Kemudian Rasulullah SAW bersabda : “Masuklah, Wahai Malaikat Maut. Maka masuklah Malaikat Maut itu sambil mengucapkan ‘Assalamualaika ya Rasulullah.” Rasulullah SAW pun menjawab :Waalaikassalam Ya Malaikat Maut. Engkau datang untuk berziarah atau untuk mencabut nyawaku?”
Malaikat Maut menjawab : “Saya datang untuk ziarah sekaligus mencabut nyawa. Jika anda izinkan akan saya lakukan, kalau tidak, saya akan pulang.
Rasulullah SAW bertanya : “Wahai Malaikat Maut, di mana engkau tinggalkan kecintaanku Jibril?
“Saya tinggal dia di langit dunia” Jawab Malaikat Maut.
Baru saja Malaikat Maut selesai bicara, tiba-tiba Jibril as datang kemudian duduk di samping Rasulullah SAW. Maka bersabdalah Rasulullah SAW: “Wahai Jibril, tidakkah engkau mengetahui bahawa ajalku telah dekat? Jibril menjawab: Ya, Wahai kekasih Allah.”
Ketika Sakaratul Maut TibaSeterusnya Rasulullah SAW bersabda : “Beritahu kepadaku Wahai Jibril, apakah yang telah disediakan Allah untukku di sisinya? Jibril pun menjawab ;“Bahawasanya pintu-pintu langit telah dibuka, sedangkan malaikat-malaikat telah berbaris untuk menyambut rohmu.”
Rasulullah SAW bersabda : “Segala puji dan syukur bagi Tuhanku.
Wahai Jibril, apa lagi yang telah disediakan Allah untukku?
Jibril menjawab lagi : Bahawasanya pintu-pintu Syurga telah dibuka, dan bidadari-bidadari telah berhias, sungai-sungai telah mengalir, dan buah-buahnya telah ranum, semuanya menanti kedatangan rohmu.”
Rasulullah SAW bersabda lag i: “Segala puji dan syukur untuk Tuhanku. Beritahu lagi wahai Jibril, apa lagi yang di sediakan Allah untukku?
Jibril menjawab : Aku memberikan berita gembira untukmu wahai kekasih Allah. Engkaulah yang pertama-tama diizinkan sebagai pemberi syafaat pada hari kiamat nanti.”
Kemudian Rasulullah SAW bersabda : “Segala puji dan syukur, aku panjatkan untuk Tuhanku. Wahai Jibril beritahu kepadaku lagi tentang khabar yang menggembirakan aku?”
Jibril as bertanya : “Wahai kekasih Allah, apa sebenarnya yang ingin tuan tanyakan?
Rasulullah SAW menjawab :
“Tentang kegelisahanku, apakah yang akan diperolehi oleh orang-orang yang membaca Al-Quran sesudahku?
Apakah yang akan diperolehi orang-orang yang berpuasa pada bulan Ramadhan sesudahku?
Apakah yang akan diperolehi orang-orang yang berziarah ke Baitul Haram sesudahku?”
Jibril menjawab : “Saya membawa khabar gembira untuk baginda. Sesungguhnya Allah telah berfirman : Aku telah mengharamkan Surga bagi semua Nabi dan umat, sampai engkau (Muhammad) dan umatmu memasukinya terlebih dahulu.”
Maka berkatalah Rasulullah SAW : “Sekarang, tenanglah hati dan perasaanku. Wahai Malaikat Maut dekatlah kepadaku” Lalu Malaikat Maut pun berada dekat Rasulullah SAW.
Imam Ali kw, bertanya : “Wahai Rasulullah SAW, siapakah yang akan memandikan anda dan siapakah yang akan mengafaninya?
Rasulullah menjawab : Adapun yang memandikan aku adalah engkau wahai Ali, sedangkan Ibnu Abbas menyiramkan airnya dan Jibril akan membawa hanuth (minyak wangi) dari dalam Syurga.
Kemudian Malaikat Maut pun mulai mencabut nyawa Rasulullah. Ketika roh baginda sampai di pusat perut, baginda berkata : “Wahai Jibril, alangkah pedihnya maut.”
Mendengar ucapan Rasulullah itu, Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam, Jibril as memalingkan mukanya. Lalu Rasulullah SAW bertany a: “Wahai Jibril, apakah engkau tidak suka memandang mukaku?
Jibril menjawab : Wahai kekasih Allah, siapakah yang sanggup melihat muka baginda, sedangkan baginda sedang merasakan sakitnya maut?”
“Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku” “peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.”
Diluar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.
“Ummatii,ummatii, ummatiii” ("Umatku, umatku, umatku”)
Di akhir-akhir umurnya Rasulullah SAW, Fathimah Az-Zahra. menatap wajah ayahnya yang bercahaya dan mengalirkan keringat dingin. Sambil menangis ia menatap ayahnya. Sang ayah tidak tega melihat putrinya menangis dan gelisah. Akhirnya sang ayah membisikkan sebuah ucapan di telinganya sehingga ia tenang dan tersenyum. Senyumnya pada masa-masa krisis seperti itu terlihat sangat aneh. Mereka bertanya kepadanya : “Rahasia apakah yang telah ia ucapkan?” Ia hanya menjawab :“Selama ayahku hidup aku akan bungkam seribu bahasa”. Setelah Rasulullah SAW meninggal dunia, ia membongkar rahasia itu. Fathimah a.s. berkata : “Ayahku mengatakan kepadaku bahwa engkau adalah orang pertama dari Ahlul Baytku yang akan menyusulku. Oleh karena itu, aku bahagia”.
@ALL, begitulah berakhirnya hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya?????
Allahumma sholli ‘ala Muhammad wa alih wasalam. Betapa cintanya Rasulullah kepada kita....
