Mahasiswi
Wednesday, 13 November 2013 | 4:02 am | 0 comments
Assalamulaikum wbt semua ukhti dan akhi. .Lamanya dah tak tulis blog.Serius memang tak ada masa dah nak edit ni semua .Kalau nak edit and tulis semua ni mesti memerlukan masa yang agak lama.Tu jarang edit dah.Erm tambah-tambah lagi dah sambung belajar dah dan Assignment bertingkek-tingkek. Ya Allah cepatnya masa berlalu,pantas sungguh masa berjalan ,cepatnya masa pergi haaa dan segala-galanyya lah.Ermmm okey pusing balik ke tujuan utama .Sebenarnya nak tulis and cerita apa-apa aja life baru sebagai seorang student.Ermmm student lah sangat.Student Kolej je pun.Tapi Alhamdulillah lah ada rezeki nak sambung belajar lagi,niat nak sampai ke master,Insya Allah.Now baru diploma 2tahun 6 bulan.Sekarang baru 4 bulan setengah .Alhamdulillah mengambil jurusan Early Childhood Education di Kolej Perkembangan Awal Kanak-kanak. Alhamdulillah impian tercapai untuk menyambung pelajar dalam bidang yang ada kena mengena dengan kanak-kanak,walaupun ipts dan bukan kerajaan.
Alhamdulillah sangat-sangat dekat sana dapat housemate yang okey sangat dan classmate yang okey jugak. Alhamdulillah. Mereka di sana memanggil saya dengan panggilan "ojah " .Hahahah mula-mula memang malu,lama-lama okey dah and best pulak rasanyaa.huhuhu.okey dah.Sampai sini je,banyak bende yang tak settle lagi ni , Assignment ,big,makan dan pelbagai lagi.huuhuh
Okey.Daaaaaaaaaa. XOXOXO.
Assalamualaikum
Kematangan Seseorang.
Friday, 1 March 2013 | 6:11 pm | 0 comments
Asakah anda tahu,dalam kajian yang mendalam mengenainya, percaya atau tidak bahawa kejayaan tokoh-tokoh yang ada semenjak dari zaman Nabi Muhammad saw yang berkurun lamanya sehingga lah sekarang adalah kerana mereka mengambil ibrah daripada definisi tersebut. Sebentar lagi saya akan buktikan.
Sebelum saya buktikan, saya ingin timbulkan beberapa persoalan.
Sebelum saya buktikan, saya ingin timbulkan beberapa persoalan.
1. Kenapa Nabi Muhammad saw mengahwini Aisyah r.a. ketika Aisyah berumur 9 tahun? Adakah nabi gila ‘sex’ seperti apa yang didakwa oleh musuh-musuh Islam, jadi macam mana nak jawab.
2. Bagaimana sultan Al-Fateh berjaya menawan Kota Konstantinopel, sedangkan baginda baru berumur 21 tahun? Dan dilantik menjadi Sultan ketika berumur 19 tahun. Adakah disebabkan khalifah-khalifah sebelum zamannya yang lebih tua dan lebih berpengalaman darinya, mereka tidak layak untuk membuka kota tersebut.
3. Kenapa nabi menghantar Mus’ab Bin Umair sebagai duta pertama di dalam Islam, sedangkan beliau baru berumur 18 tahun. Adakah sahabat-sahabat besar yang lain tidak mampu untuk menggalas tugas penting tersebut.
4. kenapa guru Imam Syafei Rahimahullah membenarkan beliau menjadi mufti ketika berumur 17 tahun? Sedangkan pada waktu itu, kita baru hendak mengambil SPM. Mufti adalah Mujtahid pada zaman itu, semua permasalahan agama diserahkan kepadanya.
5. Bagaimana dua orang remaja berusia 15 tahun meminta kepada Rasulullah saw agar mengizinkan mereka ikut serta dalam peperangan Uhud. Akhirnya, Rasulullah membenarkan mereka ikut serta. Agak-agak masa itu, kita tengah tumpu perhatian dalam aktiviti apa?
6. Bagaimana Imam Nawawi Rahimahullah dapat mengarang beratus-ratus buah kitab, sedangkan umurnya sangat-sangat singkat berbanding umur ulama-ulama lain.
7. Khalifah Umar Abd Aziz menjadi Gabenor Madinah pada usia 24 tahun. Cita-citanya bermula bila? Anda agak lah sendiri.
Insyaallah, sudah tiba masanya untuk menjawab soalan-soalan di atas. Jadi, saya harap kita sama-sama dapat memberikan perhatian yang serius terhadapnya. Jawapan ini berdasarkan skema yang ada pada saya. Untuk soalan yang pertama,
1. Cuba kita tanya ibu pada ayah kita atau ibu kepada nenek kita, kita tidak payah pergi jauh-jauh sampai ke bulan. Tanya pada mereka pada umur berapakah mereka berkahwin. Nenek kawan saya berkahwin pada umur 11 tahun, ada yang umur 12 tahun, percaya atau tidak? Adakah Datuk kawan saya ini gila ‘sex’ seperti apa yang didakwa oleh pihak yang membenci Rasulullah saw tadi, sungguh! tuduhan yang tidak berasas. Kita hanya pergi ke beberapa puluh tahun ke belakang, kita sudah mendapat buktinya. Memang musuh-musuh islam gembar-gemburkan perkara tersebut kerana mereka sekarang sudah berada pada tahap yang paling kritikal, cuba kita lihat di Eropah, berapa ramai remajanya yang sudah hancur. Tidak perlu saya bagi contoh, kerana sudah banyak terpampang dalam media massa, tidak kurang juga di Malaysia tanah air ku. Jadi, sudah pasti, mereka sudah matang pada waktu itu, boleh pergi ke sawah bekerja pada usia yang sangat muda, boleh memasak, buat kerja rumah dengan baik, memikirkan masa hadapan dengan teratur. Cuba tanya mereka pasti akan ada buktinya, saya sudah tanya pada mereka.
2. Sultan Al-Fateh sudah mengikuti ayahnya bermesyuarat di istana bersama-sama dengan pembesar yang lain ketika baginda berusia sama seperti usia kita pergi ke tadika. Sahabat-sahabat bayangkan, jika saban hari, saban bulan dan saban tahun berada di situ, sudah pasti baginda seorang yang pakar dalam ilmu pentadbiran politik, pakar dalam ilmu peperangan serta hal ehwal negara. Walaupun pakar dalam hal ehwal negara, tetapi baginda sangat matang dalam mengendalikan nya (Ada tak dia tanya pada ibunya masa dilantik menjadi pemimpin yang sangat adil pada umurnya 19 tahun, dia kata tak nak jadi pemimpin lagi, tak matured lagi ngomelnya, agak-agak ada tak dia beri jawapan macam itu). Agak-agak pada usia itu lah, kita tengah buat apa, kita cuba renungkan.
3. Mus’ab Bin Umair adalah pemuda yang paling kacak, paling kaya, paling terpengaruh di antara para pemuda yang se-usianya. Pernah diceritakan mengenai kekacakan yang ada pada Mus’ab, beliau memberi tahu pada sahabatnya bahawa beliau tidak tahan lagi dengan kekacakan beliau, sebab ramai orang perempuan yang ingin mendekatinya, jadi sahabatnya nasihat agar dia membotakkan kepala. Seusai dari membotakkan kepala, lagi ramai orang yang mendekati beliau. Itu hanya seringan, maksud yang saya ingin sampaikan adalah bagaimana beliau dapat meninggalkan kesemua kekayaan tersebut kerana Islam, sudah pasti beliau sangat matang iaitu melihat apa yang ada pada masa hadapan yang lebih kekal iaitu syurga. Agak-agak pengorbanan besar apa yang kita sudah lakukan.
4. Seperti mana yang kita sudah maklumi bahawa mazhab yang kita pegangi di malaysia adalah mazhab syafi’iah. Jadi, mestilah pengasasnya adalah seorang yang sangat hebat. Beliau sudah dianggap mujtahid ketika berumur 17 tahun. Taraf mujtahid bukanlah sembarangan orang untuk mendapat gelaran tersebut, kerana kreterianya yang sangat sukar dan susah. Buktinya, di zaman sekarang ini susah sangat hendak mencari orang yang bergelar mujtahid, kalau ada mungkin hanya ada dua atau tiga orang sahaja. Mujtahid perlu mendalami setiap cabang ilmu syariah dengan sempurna. Jikalau Imam Syafie tidak matang pada usia seperti itu, maka beliau sudah pasti tidak dapat digelar dengan gelaran mujtahid.
5. Mesti ramai daripada kita yang mengenali kedua remaja tersebut, seorang bernama Rafi’ bin Khudaij dan seorang lagi bernama Samurah bin Jundab. Mereka ikut serta dalam peperangan yang besar iaitu peperangan Uhud. Pada mulanya, Rasulullah tidak membenarkan mereka ikut serta, tetapi disebabkan kematangan yang ada pada kedua-dua orang remaja tersebut, maka nabi membenarkan mereka pergi. Mereka menjadikan syurga sebagai matlamat, maka dengan mudah Allah swt permudahkan urusan mereka. Inilah generasi al-Quran, generasi matang yang keluar dari madrasah tarbiyah Rasulullah saw.

p/s :jawapan 6 dan 7 tak ada.
Kelebihan Bertudung Labuhku
Saturday, 9 February 2013 | 7:37 pm | 0 comments

"Mengapa saya bertudung labuh?"
Easy, ada banyak kelebihannya:-
1. Bila kita cinta pada Allah, kita akan ikut suruhan Allah. Allah suruh kita patuh tutup aurat bila dah baligh. Jadi, pakai tudung labuh ni menepati saranan Allah. Bukan sahaja dapat tutup aurat, tapi Allah sayang juga.
2. Orang selalu kata, nampak macam panas sahaja pakai tudung labuh-labuh. Berlapis-lapis. Sebenarnya tidak. Bila ditanya pada para pemakai tudung labuh, mereka menjawab langsung tidak panas seperti yang disangkakan. Malahan, terasa nyaman sahaja dan cukup selesa. Mudah dipakai, ringkas, tidak perlu buang banyak masa pusing-pusing macam shawl dan pashmina.
3. Semestinya, bila kita ikut cakap Allah, Allah bagi kita pahala. Bila tutup aurat, dapat pahala tutup aurat. Bila tutup aurat dengan seikhlas hati pula, berlipat ganda pula ganjaran yang Allah bagi. Syurgalah akhirnya bila istiqamah, insyaAllah.
4. Sejuk mata memandang. Qurratu 'A'yun. Sejuk di mata dan di hati. Sekaligus label solehah tu ditampalkan sekali pada mereka yang bertudung labuh sempurna. Tidak hairan bila ada yang sampai labelkan sebagai ustazah. Mereka layak untuk itu. Sebab faham, agama Islam mesti tutup aurat. Faham ilmu agama. Jika dah faham ilmu agama, sampaikanlah. Baru real ustazah.
5. Bila dah tutup aurat, bukan sahaja sejuk di mata kita tapi juga menjaga maksiat mata. Menjaga mata lelaki dari bertambah dosa. Lelaki pun segan nak menatap dan memerhati orang yang mereka anggap solehah. InsyaAllah, lelaki jahat dan miang juga akan menafikan niat jahat mereka itu terhadap anda.
6. Ya. Siapa berani menidakkan kecantikan, keayuan, kejelitaan, kecomelan, kesopanan yang lebih terserlah bila memakai tudung labuh dan menutup aurat dengan sempurna? Ini bonus tambahan yang kamu dapat bila lakukan yang Allah suruh.
7. Ikut kata al-Quran bererti ikut syariat Allah. Syariat Allah pula ditaati oleh Rasulullah SAW dan perlu dipatuhi oleh seluruh umatnya. Bererti, kita bukan sahaja sudah ikut Allah, tapi ikut sunnah Nabi SAW. Tahniah.
8. Siapa kata hanya telekung solat sahaja boleh digunakan untuk bersolat. Tidak. Pakai tudung labuh, kemudian bahagian-bahagian lain tertutup dengan sempurna auratnya, maka boleh terus guna buat solat. Pastikan pakaian betul-betul suci dan bersih. Pakaian yang bersih tanda akhlak yang cantik.
9. Kita sentiasa mahu orang hormat kita. Tapi jika kita tak hormat diri kita dengan mendedahkan aurat, gedik, tidak jaga maruah, siapa akan hormat kita? Jadi, bertudung labuh ini boleh mendidik diri supaya lebih menghormati diri sendiri. Bila diri sendiri dah dihargai dan dihormati, nescaya orang sekeliling juga akan menghormati diri kita.
10. Seterusnya, menyihatkan badan. Dari segi kesihatan pula, boleh melindungi diri dari sinaran terik cahaya matahari yang boleh merosakkan kulit, menjaga warna kulit, mengelakkan dari debu dan kuman dan sebagainya. Anda lebih arif dari saya dari segi kedoktoran.
11. Malu itu bunga iman. Dengan menutup aurat dan bertudung labuh, bererti kamu masih ada rasa malu terhadap Allah. Malu terhadap diri sendiri, malu terhadap masyarakat sekeliling. Malahan malu dan bimbang Islam dimalukan kerana imej umat Islamnya yang gagal menjaga bab aurat.
12. Secara tak langsung, bertudung labuh dan berakhlak mulia insyaAllah menarik perhatian orang lain untuk mencintai Islam. Menjadi suatu cabang dakwah dengan perbuatan. Besarnya pahala bila niat untuk menyebarkan dakwah Islam kepada masyarakat sekeliling.
13. Mereka yang bertudung labuh, layak dijadikan isteri. Ciri-ciri yang sukar dicari di zaman penuh maksiat sekarang. Satu dalam seribu. Jika dia dah terbuka hati pakai tudung labuh, bererti dia mudah menerima nasihat agama. Orang yang mudah dan rela menerima nasihat agama adalah orang yang terbaik untuk dijadikan isteri.
14. Tanda-tanda dan amaran awal ke arah menjadi orang yang bertaqwa. Taqwa bermaksud takut pada Allah. Dia pakai kerana takutkan Allah, bererti dia sudah punya rasa taqwa dalam diri. Orang-orang bertaqwa disebut acapkali dalam al-Quran sebagai calon ahli Syurga.
15. Bukan nak tunjuk baik. Ya, bila kita pakai dengan ikhlas bermakna kita bukan nak menunjuk-nunjuk. Sebenarnya orang yang pakai tudung labuh ni, kebanyakannya nak berubah untuk jadi lebih baik. Salahkah untuk jadi orang baik? Tidak. Orang yang memperbaiki dirilah yang dinanti-nanti oleh Allah dan Rasulullah di akhirat untuk diberikan ganjaran Raudatul Jannah ( kebun-kebun Syurga ).

Ps:amik dari teamhijrahnegeri9 blog :D
Jom belajar bahasa arab. :D
Friday, 1 February 2013 | 5:57 am | 0 comments
Kata ganti orang pertama maskulin/feminin (sama)
1. Anaa : saya
2. Nahnu : kami
Ikhwan: Saudara laki: laki (jamak)
Akhwat: Saudara perempuan (jamak)
Ukhti : panggilan untuk saudari perempuan
Akhi: panggilan untuk saudara laki:
Atau istilah lain akhi dan ukhti adalah orang yang kita hargai baik perempuan dan laki2
Antum : kamu (jamak)
Ikhwah fillah: saudara sekalian
Afwan: maaf
Tafaddhol: silahkan
Jazakumullahu khair: terimakasih banyak
anta : kamu, [lelaki]
antuma: kamu,dua orang [lelaki]
antum: kamu,ramai: ramai, [lelaki]
anti: kamu, [perempuan]
antuma: kamu,dua orang, [perempuan]
antukanna: kamu, ramai: ramai, [perempuan]
ana: saya
nahnu: kami
Keif Halaq: how are you
Zein: I’m fine
Ismi: My name is
Shukran: Thank you
Afwan: You’re welcome
Asf: maaf
Ahlan wa sahlan: selamat datang
Sabah al kheir: Selamat pagi
Nih aslinya adalah: Kaifa haluka (maskulin : tunggal)
Kaifa haluki(feminin : tunggal)
Kaifa halukuma(maskulin/feminin : dual)
Kaifa halukum(maskulin : plural)
Kaifa halukunna(feminin : plural)
Apa khabar anda hari ini : kaifa haluka ( ki kalau perempuan) al : yaum?
How is your pain? : kaifa bi maradhika
do u need any assistance : hal turid ayyu musa’adah minni?
Asf : maaf
Ahlan wa sahlan : Selamat datang
Sabah al Kheir : Selamat pagi
Hada : ini (masc)
Hadihi : itu (fem.)
Haadza : Ini (m)
Haadzihi : Ini (f)
Dzalika : Itu (m)
Tilka : Itu (f)
na`am : iya , oke ( klo Ammiyah Mesir : Aiwa )
Beit -> rumah
Matar -> airport
Madrasah -> sekolah
Laa atakalam arabiya -> I dont speak Arabic
kal Englisi? – > (lupa2 inget ini.. klo gak salah sih bener) Do you speak English?
chab -> shut up
mafi mushkila -> no problem
shway shway -> pelan2
taal -> come here
kullu : tiap2/setiap
nadsin : diri
daikotul : menjumpai
maut : kematian
Shukran katsiiran (terimakasih banyak)
Gen-Q A Step Forward
Friday, 25 January 2013 | 7:58 am | 0 comments
Assalamualaikum ukhti dan akhi.
Segala puji bagi Allah subhanahu wa ta"la tuhan semesta alam.

Alhamdulillah masuk hari ini sudah lima hari meninggaal program Gen-Q yang sekarang hanya meninggalkan ingat di mindaku ini.Subahanallah tak boleh nak bayangkan sungguh rindu akan program tersebut yang meninggal banyak cerita dan kenangan.Di sanalah tempat aku berubah ke arah kebaikkan dari baik ke lebih baik,mengenal ape itu erti sebuah persahabat dan kasih sayang antara sesama manusia dan semua makhluk ciptaan Allah.Mendalami serba sedikit maksud Al-quran dan terjemahannya.Subahanallah sangat seronok .Tak menyesal walaupun terpakse tinggalkan kelas bahasa inggeris hari sabtu tersebut.
Pelbagai aktiviti yang kami semua laksanakan antaranya dengar tazkirah yang amat mendalami isi-isinya,ice breaking ,ceramah formula kebangkitan umat,berkayak,buat rakit,naik rakit,kembara tadabbur alam(masuk hutan),forum,LDK-tunjuk ajar ku sifu,LDK-10 peribadi mukmin,membace ayat al-quran setiap seorang dan terangkan maksud dll.Sangat seronok dan tak rugi walaupun dapat tahu program ni saat-saat akhir,pagi dapat tahu,petang sudah kena pergi nasib mak kasih pergi program sebegini.Alhamdulillah.
Ini antara serba sedikit gambar yang kami sempat tangkap. :D
.jpg)

Semoga ukhwah antara kita semua berkekalan hingga akhir ayat kita ye ukhti2 sekalian.
Amin. :D
P/S :insyallah kalau diizin allah ana akan masuk ke MTAS selama satu bulan lebih. 1 feb - 12 mac.
Doa-doakan ana ye semoga dipermudahkan urusan dan memperoleh keberkatan didunia dan akhirat kelak.Insyallah.
Aku seorang manusia,anak,pelajar,kawan dan juga remaja yang biasa.
Thursday, 17 January 2013 | 8:37 am | 0 comments
Setiap manusia pasti melakukan dosa apatah lagi remaja yang baru mengenal kehidupan. Aku juga remaja dan aku juga tidak terlepas dari melakukan dosa, pasti banyak dosa-dosa yang aku tidak sedari. Aku juga masih mentah untuk menghadapi dunia sebenar yang penuh dengan fatamorgana dan godaan syaitan yang meragut jiwa.
Setiap doa di dalam solat, seringkali aku berdoa agar diriku ini dijauhkan dari kemungkaran yang merosak akhlak dan jiwa. Aku sedar yang aku bukanlah remaja yang hebat, pandai, dan mendapat A dalam semua subjek. Aku hanyalah remaja biasa yang hanya belajar di sekolah biasa dan bergaul dengan rakan-rakan biasa.
Tetapi, aku berharap yang aku diberi laluan untuk menghadapi kehidupan yang lebih baik dengan bersekolah di sekolah agama dan berkawan dengan rakan-rakan yang luar biasa. Bukan aku tidak bersyukur dengan kehidupan yang Allah SWT berikan. Fitrah seorang manusia menginginkan kehidupan yang lebih baik.
Rakan-rakanku bukanlah berpendidikan tinggi atau mempunyai keluarga yang sempurna. Aku juga sama. Aku menulis artikel ini bukan untuk menunjuk atau meluahkan perasaan. Tetapi, Aku ingin menumpukan bahawa singnifikannya harapan dalam diri manusia dan diri aku. Di dalam hati, acapkali aku bertanya "Adakah diriku ini disayangi Allah?". Setiap kali hatiku menanyakan soalan itu, air mataku deras menitis. Aku mengaku yang diriku ini selalu kalah dengan godaan syaitan yang durjana.
Di dalam solatku tidak putus-putus aku berdoa agar aku diberi petunjuk di jalan yang benar. Kadangkala, apabila aku ingin menjadi lebih baik, pasti akan dihujani dengan dugaan yang menjerihkan jiwa.
"Ya Allah, Aku amat menyayangimu. Aku memohon kepada mu Ya Allah, Kau tunjukkanlah jalan yang lurus kepadaku."
Allah berfirman:
"(Mereka berdoa dengan berkata): 'Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya"
(Surah ali-Imran ayat 8)
(Surah ali-Imran ayat 8)
FirmanNya lagi:
"Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga orang-orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya. (Mereka berkata): 'Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain Rasul-rasulnya'. Mereka berkata lagi: Kami dengar dan kami taat (kami pohonkan) keampunanMu wahai Tuhan kami, dan kepadaMu jualah tempat kembali'"
(Surah al-Baqarah ayat 285)
(Surah al-Baqarah ayat 285)
Allah berfirman lagi;
"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): 'Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir'"
(Surah al-Baqarah ayat 286)
(Surah al-Baqarah ayat 286)
Allahuakbar, Allah Maha Besar. Sungguh ayat-ayatNya memberikan aku semangat. Kini, aku yakini walau pun tidak berpeluang untuk belajar di sekolah yang ku inginkan, namun aku percaya ilmu Allah itu Maha Luas. Di bumi Allah itu semuanya penuh dengan didikan hatta ujian itu juga adalah didikan jiwa yang boleh mendekatkan diri pada Allah.
Aku percaya, bukan kerana dari mana kita bergraduasi.. Bukan bidang agama yang menentukan kita orang yang beragama tetapi sejauh mana kita mengamalkan apa jua yang kita pelajari. Samaada ilmu dunia atau ukhrawi, selagi mana ianya dihadam untuk tujuan akhirat, maka ianya akan memberi kebaikan kepada orang tersebut.
Moga kita semua mendapat iktibar. Insyaallah.
"Maka bersabarlah engkau (Muhammad) ata apa yang mereka katakan. Dan bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu sebelum matahari terbit dan sebelum terbena, dan bertasbihlah (pula) pada waktu tengah malam dan di ujung siang hari, agar engkau merasa tenang"
(Surah Taha ayat 130)
(Surah Taha ayat 130)
- Artikel iluvislam.com
Taaruf
Saturday, 15 December 2012 | 10:49 am | 0 comments
Assalamualaikum.
Segala puji bagi Allah subhanahu wa ta’ala, Rabb semesta alam.
Shalawat dan salam semoga senantiasa tercurahkan kepada Nabi kita Muhammad shalallahu ‘alaihi wassalam, keluarga, para sahabat, dan orang-orang yang mengikuti beliau hingga akhir zaman.Alhamdulillah hari ini aku dapat mengenal satu perkataan yang amat bermakna dan penting dalam kehidupan umat islam didunia ini yang betul-betul mengamalkan cara para nabi kita yang terdahulu.Alhamdulillah hari ini aku dapat mengenal satu perkataan iaitu "Taaruf".Apa itu "Taaruf"?

Taaruf itulah mendedahkan keserasian, cuma takrif ‘taaruf’ dan ‘serasi’ dalam fikiran manusia berlainan. Islam mengajar manusia taaruf yang ada sempadan, terpelihara dan terjaga dari kemaksiatan, bukan taaruf melalui bercinta sakan.
Islam mengajar serasi dengan ajaran Tuhan, bukan serasi dengan kehendak pasangan. Cinta ar-Rahman menjana kebahagiaan, lantaran itulah batasanNya tidak boleh dipermainkan.
"Di saat engkau meminta diri ini, lihatlah agama yang ada dalam diriku..
Kerana aku akan mendidik bakal-bakal zuriatmu kelak..
Jangan kau pandang akan kecantikan luaran yang ALLAH anugerahkan ini..
Kecantikan luaran ini ada pada setiap wanita, tetapi aku menjaga dalamanku..
Supaya keredhaan ALLAH selalu bersamaku walaupun aku terluka..

Andai engkau bakal menjadi imam pada solat malamku..
Bimbinglah aku menjadi yang terbaik untuk keluarga dan agama..
Andai hilang rasa cinta dan kasihmu terhadap diri ini..
Ingatlah bahawa ini amanah ALLAH terhadapmu..
"Bimbinglah aku menjadi yang terbaik untuk keluarga dan agama..
Andai hilang rasa cinta dan kasihmu terhadap diri ini..
Ingatlah bahawa ini amanah ALLAH terhadapmu..
Selain itu saya dapat bahawa Proses " ta’aruf " merupakan suatu proses awal menuju proses selanjutnya, yaitu khitbah dan akhirnya sebuah pernikahan.
Ya rijal (lelaki), pikirkanlah baik-baik, matang-matang, dan masak-masak sebelum menawarkan sebuah jalinan bernama ta’aruf. Jangan mudah melontarkannya jika tak ada komitmen dan kesungguhan untuk meneruskannya.
Mengertilah keadaan nisa' (perempuan). Kamu semua tahu, bahwa sifat kaum hawa itu lebih sensitif. Mereka mudah sekali terbawa perasaan. Disedari atau tidak, diakui atau tidak, nisa' ini adalah makhluk yang sangat mudah sekali perasan, suka disanjung, suka diberi pujian apalagi diberi perhatian lebih.
Jadi saat kata ta’aruf atau mungkin khitbah itu keluar dari lisan seorang lelaki baik dan solih seperti kamu semua, tak ada alasan bagi an-nisa' untuk menolak. Kerana jika mereka menolak tanpa alasan yang jelas, maka hanya fitnah yang ada.
Jadi, tolong tanyakan lagi pada diri kamu, apakah kata-kata itu memang keluar dari lubuk hati kamu (ikhlas)?
Apakah kamu sudah memohon petunjuk kepada yang Maha Menguasai Hati?
Apa kamu benar-benar siap (ilmu, iman, mental, fisik, materi, dll) untuk menjalin ikatan suci bernama pernikahan?
Sekali lagi, berhati-hatilah dengan kata ta’aruf. Kerana ta’aruf adalah gerbang menuju pernikahan.
Sekian Terima Kasih.
Alhamdulillah.
Assalamualaikum.
Gambangggggg.....Teluk Cempedak....
Wednesday, 12 December 2012 | 7:31 am | 0 comments
Assalamualaikum semua.
Apa khabar semua sihat?
Semalam aku baru balik dari Gambang yang awesome.Kejap je pergi,pergi pagi,balik malam tu.Walaupun kejap tetapi tersimpan banyak cerita yang menyoronokkan yang menyedihkan dan yang memboringkan.haha
Yang menyeronokkan ialah dapat pergi bersama-sama kawan-kawan 1 sekolah dan ade jugak kawan-kawan sama sekolah rendah,tambah lagi dapat kawan-kawan baru yang dari budak-budak luar tu.'yang menyedikan pula aku banyak lemas time mandi,gilaaaaaaa betul,hampir nak mati rasa.haha
tapi memang awesomeeeeee.haha..
Bende ni dalam,ni lah yang aku selalu lemas,yang pernah tudung nak tercabut sebab ombak dia memang mengilaaaaa ombak dia.
Ini yang paling paling paling best sekali dalam banyak tu.hahaha Walaupun naik bende ni sampai darah aku naik.hahaha.
tapi memang awesomeeeeee.haha..

Bende ni dalam,ni lah yang aku selalu lemas,yang pernah tudung nak tercabut sebab ombak dia memang mengilaaaaa ombak dia.

SPM OVER!!! Alhamdulillah
Thursday, 29 November 2012 | 9:48 am | 0 comments
Alhamdulillah.Akhirnya SPM bagi subject aku sudah selesai.
Alhamdulillah,bersyukur sangat-sangat akhirnya berakhir jugak,mudah-mudahan result SPM lebih baik dari PMR.Aminn.
Lepas ni bolehlah recycle buku-buku and kertas-kertas yang banyak dekat bilik belajar tu atau bagi dekat golongan yang memerlukannya.Isyallah.Lepas ni bolelah keluar rumah tiada had,sebelum ni berhad-had nak keluar rumah,so lepas ni bolelah lama-lama.Lepak dengan budak-budak ni,merayau ke dan yang paling penting nak jumpa kawan-kawan lama time sekolah rendah.sumpah rinduuu gilaa dengan dia orang. Nak jumpa diaorang before mereka ke PLKN,sebab ade yang kena pergi PLKN tu. So,bolelah jumpa dalam masa sebulan ni ,sebelum dia orang pergi PLKN bulan 1 ni .Supaya dapat lagi mengeratkan ukhwah antara kami semua.Hehe tak sabarnya,boleh cerita-cerita kenangan manis and pahit dengan diaorang time sekolah rendah dulu mana yang ingat.okey tak sabar.gedik pulak aku ni.
Nak tukar cerita lain,ni
tadi lepas selesai je paper seni visual 2 ,terus lepak bawah pokok main baling-baling tepung.First sekali sebab birthday Timah then saja-saja je.Mandi tepung and telur betul-betul tadi.
Balik dari sekolah sampai je rumah muka masing-masing semua cantik dengan tepung. :D Bestlah jugak.Last dekat sekolah tadi,kalau tak amik form6 .Tapi tak amik kot,tengoklah nanti.
SPM 5 NOV-29 NOV
Friday, 2 November 2012 | 12:51 am | 0 comments
Dup..dup..dup..jam bergerak menunjukkan pukul 3ptg yang tepat.Aaah pukul 3 sudah weh,bercakap dalam diri sendiri.Aaah Isnin ni Peperiksaan yang sebenar SPM bermula.Takut,tak sabar,risau,dan segalanya adalah dalam diri ni.Bak kata cikgu Azman minggu lepas kitaorang punya batch hanya bersedia baru 30% Padahal exam nak amik isnin ni,tapi baru sedia 30% .Semua macam still boleh main-main,gelak-gelak,tidur dalam kelas semua.Tapi selepas kejadian tu berlaku semua tetiba dengan sendiri mengubah diri mereka ke arah kebaikkan walaupun macam dah last minit tapi tak ape,ade masa sikit lagi ni untuk baca nota-nota penting jelah,kalau nak baca satu buku teks tu memang tak sempatlah.Yang kebanyakkan student batch 95 sekolah dm diaorang sekarang rajin buat exercise mathematics tambah-tambah lagi kelas 5E serius memang rajin.Hope kami semua dapat menjawab peperiksaan SPM dengan baik dan mudah Isnin ni.
Semalam ade majlis restu dan perjumpaan tiga penjuru,Puan pengetua berucap semasa majlis restu yang aku ingat ayat dia sampai sekarang ialah "Jangan ulangi kesilapan semasa tahun 2010,teruskan cipta sejarah macam tahun 2011."Sebab masa tahun 2010 batch 1995 batch kitaorang semua masa result PMR keluar,buatkan graf sekolah turun mendadak.So dia nak kitaorang jangan ulangi perkara yang sama masa tahun 2010.Tahun 2011 pulak batch 1994result SPM diaorang naikkan graf sekolah daripada 0.1 naik 1 kira okeylah jugak,so pengetua harap sangat dan berdoa agar kitaorang semua tidak mengulangi perkara itu kembali.Okey SPM start Isnin ni sampai 6 Dis.Tapi paper aku habis 29nov awal sikit je.Doakan aku dan kawan yang sebaya dapat menjawab dengan tenang dan mudah-mudahan apa yang cikgu kitaorang ajar selama 5tahun ini akan ingat kembali semasa peperiksaan berlangsung.
INSYALLAH :)

STOP BLOGGER SAMPAI 29NOV.Nanti malam 30Nov tulis balik.
GOOD LUCK
ALL THE BEST
TRY THE BEST
DO THE BEST
SELAWAT BANYAK-BANYAK
Percubaan SPM
Thursday, 13 September 2012 | 12:47 am | 0 comments
Alhamdulillah.Akhirnya percubaan aku hampir ke penamatnya.So lepas ni bersedia untuk SPM yang sebenar.Jangan main-main lagi ye Harizah,SPM nak dekat dah.Lepas ni kena banyakkan lagi buat latihan and lihat tajuk ape yang tak faham lagi.okey! sampai sini,no idea!?!?!?!?!
Ponteng kelas
Wednesday, 12 September 2012 | 2:08 am | 0 comments
Aku bangun tidur lambat,tahulah tak pergi sekolah pastu bangun lambat.Tapi tak ada lambat ,pkol 8.30 je pon.Aku memenag dah rancang tak nak pegi sekolah hari ni sebab hari ni percubaan bukan paper aku esok baru paper aku.Tapi time abang aku mahu pergi kerja,dia pergi jerit dekat aku ,"Adik!!!kau tak pergi sekolah ke??SPM nak dekat !!kau tak sedar-sedar lagi ke??pemalas!!''
Ah sebok je dia tu,tahulah dalam minggu ni aku sudah 2 kali tak pergi sekolah.Aku tak pergi sekolah pon bukan sebab aku malas,or nak poteng,sebab cikgu aku sendiri cakap kalau kamu semua time tak ada paper tak payah datang,bace buku dekat rumah,nanti kalau kamu semua datang sekolah pastu tak ade paper,mesti kamu semua berborak-borak,kamu semuakan suka berborak-borak .Aku dan kawan-kawan yang lain mengambil keputusan supaya tak hadir ke sekolah pada keesokkan harinya iaitu hari ini.Tapi hari ini aku bukan bace buku untuk paper esok,aku pergi ajak kawan-kawan aku ira,amalina tasya datang rumah sebab aku baru dapat recepi nak buat spegetti dari sepupu akak izwah.Tahun lepas pernah buat,pastu sudah lupa sebab lama dah tak buat.Melayukan mudah lupa.
Bahan-bahan dia semua mak aku sudah belikan semalam sebab aku rancang nak buat petang ni kononnya,tengok-tengok aku tak pi sekolah,ape lagi tengah hari tadi aku p buat sama kawan aku.Huru-hara dapur tu sebab ramai sangat yang membantu mmbuat spegetti.
Last-last menjadi jugak spegetti aku.Ingat buat colour putih gitu,tapi ada bahan yang tak ada,so warna merah jelah.
Ini dia spegetti aku hahaha..tak cantik mana pon.Walaupun tak cantik,tapi dia sedap.hahaha.

Nanti bila korang nak rasa air tangan aku dan kawan-kawan aku bole mai rumah.haha
Mathematics, kau selalu buat aku kecewa!
| 1:47 am | 1 comments
p/s : kepada student yang memang bijak pandai cerdik dalam mathematics tu,Please ajar aku nih yang slow .Abang-abang and kakak aku minat gila Mathematics.Setiap kali Exam diaorang mesti target A.Aku ni ermm tadapower .First: aku boleh je score Math.tapi dah aku malas nak buat latihan banyak-banyak .
Second: Time form 1 and form 2 perteganhan bulan aku selalu score B,C lepas je ade cikgu yang aku agak anti tu terus D je.Armmmm.
Third :Paper 1 selalu aku tikam je,tapi yang aku tahu buat aku buat betul-betul.Paper 2 pulak mesti banyak aku tinggal kosong,yang aku tak tinggal kosong cuma Graf and lorek-lorek,line eqution.tu jelah.Haaaa teruk!!
Aku rasa macam nak tukar otak dengan kawan aku yang power dalam math tu.
Tapi sekarang sudah form 5,aku selalu target C.lolol walaupun cikgu dia best aku minat,tapi C jugak aku dapat.Hahaha.
Its okey,SPM hampir dekat dengan aku,so jangan nak main-main lagi puan harizah,banyakkan buat latihan puan harizah terutama dalam mathematics harizah.
LAMA!!
| 1:18 am | 0 comments
Lama sudah tak jejak dekat blog ni weh.haaaaaaa.busy busy busy.bye.Perosak Dunia!!
Friday, 24 February 2012 | 1:42 am | 0 comments
Saat pagi aku buka mata, dan membaca akhbar tentang engkau aku lihatan engkau rakus membunuh dan di bunuh. Telinga kedengaran bising tembakan dan tangisan. Hidung terlalu busuk menghidu hanyir darah. Lantas itu mahu sahaja aku butakan mata,tidak mempunyai akal hilangkan segala deria. Apa sudah terjadi pada dunia?
Aku terdiam lantas berfikir siapa engkau dan siapa mereka. Mengapa engkau di bunuh oleh mereka dan mengapa engkau membunuh mereka. Aku melihat engkau dan mereka serupa. Punya mata, telinga, jantina juga punya diri yang sempurna. Engkau dan mereka bukan beza antara binatang dan manusia. Bukan binatang yang perlu dikorban utk mendapat pahala. Bukan juga tumbuhan yang enak di mamah utk segagah tenaga. Itu manusia! buka mata engkau dan lihat mereka. Lihat mata mereka saat hujung pedangmu sampai ke lehernya. Lihat air mata yang tersisa di pipinya. Dengarkan rayuanya.
Apa engkau sudah bukan manusia yang lengkap di jadi tuhan dengan belas dan kasih?
Apa engkau bukan manusia yang tidak mampu lagi menzahirkan simpati?
Engkau ini siapa akhirnya sebenarnya nanti?
Apa engkau bukan manusia yang tidak mampu lagi menzahirkan simpati?
Engkau ini siapa akhirnya sebenarnya nanti?
Kini aku sedar yang engkau bukan lagi manusia.Ya, benar jasad dan fizikal kita sama, tapi naluri engkau bukan lagi bermakna. Engkau bukan bernaluri haiwan, mereka salah mengatakan demikian. Haiwan itu lebih mulia dari engkau. Haiwan pon pandai jugak kasih dan sayang kepada orang-orangnya selain anak dia.Engkau adalah syaitan jadian. Dirimu penuh dendam dan hatimu hitam. Akal fikiranmu tiada dan engkau sehina makhluk dunia. Tidak, aku tidak bersama engkau,aku tak akan mengaku engkau semanusia dengan aku,aku tak percaya yang kau ade akal fikiran,dan aku tak percaya yang kau tak sayang akan keluarga kau,ibubapa kau,tuhan kau.Kalau kau sayang kau tak akan buat sebegini,aku anggap kau lain dari sisi aku.. Sudah habis bicara dan kata menasihatimu. Engkau hanya layak di hina dan dilaknat olehnya. Setiap titisan darah yang terhasil dari pedangmu wajib di sucikan hanya dengan darah engkau sahaja. Mereka tidak bersalah dan aku bersamanya.Patutnya kami semua yang buat kau macam itu,bukan mereka.
Malam ini aku tidur. Sebelumnya akan ku angkat tangan memohon kepada yang Esa. Tanganku memang tak pernah bersenjata apatah lagi meratah manusia. Tapi kali ini, tangan yang biasa ini akan lama menadah meminta supaya engkau terhina dan di lenyapkan dari dunia. Sudah ramai menjadi mangsa sejak keberadaan engkau di sini. Biar engkau lenyap dan menerima padah di alam sana. Aku menadah juga meminta agar segenap kekuatan engkau musnah, Biar tuhan bersama bagi yang teraniaya. Aku bukan bersama engkau tapi demi mereka rakyat di Syria!Rakyat seagama dengan aku.Rakyat yang lebih pandai,bijak dari kami semua.Yang akan menjadi ketua negara yang paling bagus.Tapi keinginan aku ini hanyalah mimpi,sebab mereka telah dikerjakan oleh engkau sehabis-habisnya.Kalaulah mereka hidup seperti kami semua disini mungkin mereka akan mendapat pendidikan yang sempurna,tempat tinggal yang selesa,tiada ketakutan tiada tangisan setiap hari,masa,saat.
Kepada mereka yang teraniaya, aku faham dan mengerti keadaanmu saudara. Engkau insan terpilih tuhan untuk mati mulia. Bergembiralah saat senjata musuh didadamu, gembiralah saat pedang musuh di lehermu, gembiralah saat jasadmu dipisah dari nyawa kerana ia akan bertemu tuhan maha pencipta. Apa lagi yang lebih gembira selain meninggalkan dunia caca merba dengan penuh bahgia dan mulia. Apa lagi yang lebih sempurna selain syahid mulia.Engkau benar-benar peroleh mulia dan kasih dari tuhan kita. Moga syurga dan bidadari menantimu di sana. kasihku pada engkau tak pernah padam duhai saudara. Doaku tidak putus bagimu di sana. Sejahteralah saudaraku di Syria .
Student + Study + Focus = SPM
| 1:25 am | 0 comments
Pada tahun ni,tahun bersejarah untuk aku sebab nak SPM .
SPM sangat penting,kalau tak lulus result dia kena ulang balik.Auzubillah..weh...
Kadang-kadang aku merasakan kenapa pelajar darjah 6 kena UPSR,
pelajar tingkatan 3 kena PMR and student form5 kena SPM.
Itu semua sudah lumrah,ia adalah untuk menguji tahap kepandaian or kebijaksanaan
seseorang pelajar itu.And sesiapa yang berjaya dan mendapat good result dia mungkin dapat masuk ke U,Kolej and lagi bagus sambung ke overseas. Sapa tak nak kan??aku tidak nafikan yang aku
mempunyai keinginan sebegina juga ingin masuk U,dapat segulung ijazah,dapat kerja yang bagus-bagus,
dapt beli rumah,dapat bantu ibubapa and balas jasa diaorang and
dapat menghujudkan sebuah rumah tangga yang bahagia.Hidup senang-lenang.
Siapa tak nak kan?
Ni sekarang sudah masuk bulan 2 and tidak lama lagi akan masuk bulan Mac.Sekejap
saja masa berjalan,pantas betul.Tapi dalam pantas-pantas masa itu berjalan
adakah aku yang exam ni sudah get ready for Examination.
Erm..start dari sekarang cikgu-cikgu yang mengajar dalam subject yang ade kena mengena dengan kerja
kursus mulalah bagi student-student dia semua tugasan kerja kursus.

Arh..kadang-kadang rasa tention jugak bila jadi student peperiksaan.
Balik sekolah kena study,malam kena study and kekadang time malam tu boleh pulak

Erm..
Tapi kita tak boleh macam ni .Kena belajar dalam keadaan happy and tenang je.Senanglah nanti ilmu nak masuk.And mudah nak ingat.

Tapi apakandaya itu adalah ujian dari Allah.Kita hanya mampu bersabar,berusaha,menjalankan sahaja perkara tersebut.Kalau kita tanam dalam diri kita dengan niat yang betul insyallah Allah akan beri kepada kita
hadiah yang tak ternilai harganya dan tak dapat diungkap dengan kata-kata.
So,study kenalah happy and paling penting ikhlas and niat kerana Allah.
Student + Study + No kidding = SPM
| 12:47 am | 0 comments
SKAU
Thursday, 23 February 2012 | 1:23 am | 0 comments

Serius aku rindu gila time ni.Bende baru banyak belajar dekat sini.
Gabungan pelajar-pelajar KGO,PUSAT TUITION MAWAR,AL-JABBAR.
Maulidurrasul
Sunday, 5 February 2012 | 9:17 am | 0 comments
Pada hari ini umat Islam menyambut ulang tahun keputeraan junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Di Malaysia, saat menjejak tanggal 12 Rabiulawal, setiap dari kita mula bersiap sedia menghadapi hari-hari yang dinanti. hari cuti umum!. Pada hari cuti umum ini, akan diadakan keraian-keraian Islami yang dipenuhi aturcara mengenang Rasulullah dengan berselawat merdu, bernasyid dan berceramah. Tidak akan ketinggalan walau satu tahun pun, upacara-upacara sebegini akan diadakan. Persoalannya, sejauhmanakah sambutan ini benar-benar bermakna pada kita?
Pengulangan dari tahun demi tahun mampu menjadikan sambutan ini sekadar satu upacara ritual yang harus dilaksanakan. Tidak menjadi masalah sekiranya kita hanya mengikut-ikut orang lain pada walnya dengan mengharapkan sebuah keikhlasan beribadah di hujungnya, tetapi amatlah merugikan kerana Maulidurrasul sebenarnya mampu menjadi satu ibadah cinta agung yang mampu mengundang pahala dan syafaat daripada Rasulullah tercinta. Menarik bukan? Tetapi, bagaimana pula caranya?
Segalanya bermula dengan sebuah kisah cinta. Setiap yang dilakukan menjadi lebih bermakna jika dihadiri dengan perasaan cinta. Dengan rasa cinta, kita tidak akan berkira walau sebanyak mana kudrat yang perlu kita gunakan untuk membuktikan sebuah nilai cinta pada insan tersayang. Cuba bandingkan dengan suatu perkara yang dilakukan dengan penuh rasa cinta, khas buat orang yang dicintai. Saat hadirnya cinta, yang susah jadi mudah, yang lama jadi sekejap, yang panas pun boleh menjadi sejuk. Inilah pesona dan penangan cinta.
Begitulah juga kita dengan Rasulullah S.A.W. Cinta seharusnya dipupuk dalam-dalam. Andai ada cinta, barulah kita benar-benar dapat merasakan betapa kita menanti-nanti tanggal 12 Rabiulawal. Bukan lagi sekadar kerana sebuah cuti umum yang diadakan dengan pelbagai program mengingati kuputeraan seorang yang ditugaskan menyampaikan risalah Allah, tetapi satu hari teristimewa yang amat dinantikan, untuk dilakukan pelbagai perkara yang mampu membuatkan baginda semakin sayang pada kita semua.
Semestinya perasaan itu tidak mampu hadir serta-merta. Bukan mudah menerbitkan cinta. Bukan mudah juga untuk jatuh cinta. Untuk mencintai, semestinya kita harus mengenali. Bukan cukup kalau sekadar mengenali bibliografi, tetapi harus menganjak jauh mengenali hati budi. Percayalah bahawa, setelah mengenali baginda, terlalu mudah untuk kita jatuh cinta dengan insan agung yang dicintai Allah ini. Peribadinya sahaja sudah cukup membuatkan yang mengenalinya tertawan. Mana tidaknya, akhlak baginda merupakan cerminan al-Quran. Pelbagai kisah menarik yang tercatat dalam sirah yang mampu membuatkan kita tersenyum, merindui kehadiran baginda dalam kehidupan kita. Tambahan pula apabila mengetahui, saat hayatnya, kita semua yang tak pernah diketemuinya ini disebeut-sebut, malah hingga ke akhir hayatnya, baginda masih mengingati umatnya dengan lafaz syahdu.. \"ummati..ummati..ummati...\".
Mana mungkin kita gagal untuk jatuh cinta pada baginda?
Bukan setakat mencintai.. Setelah mencintai, pastinya jiwa menggesa untuk berkorban membuktikan cinta. Dengan cinta, lafaz \"Aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah\" pastinya lebih bermakna. Kesaksian yang terkepil dengan satu amanah penyaksian misi dakwah Rasulullah yang harus diteruskan sudah tentu menjadi satu azam yang terpasak dalam jiwa. Bukan lagi menjadi sebuah tanggungjawab yang dirasakan terpaksa untuk dilangsaikan, tetapi sebagai satu bukti rasa cinta mengharapkan Rasulullah S.A.W turut mencintai kita,mencintai umat yang tegar menuntun perjalanan profesyen utama baginda, profesion seorang pendakwah.
Lafaz selawat "Sallallhu 'ala Muhammad, Sallallahu 'alaihi wasallam" juga mudah dilafazkan dengan getar rasa cinta dalam jiwa. Tiap lafaz dialunkan dengan rasa cinta dan rindu yang cukup mendalam, mengharap syafaat daripada baginda di akhirat kelak. Lafaz ini pastinya dikumat-kamitkan selalu dengan penuh pengharapan supaya nanti saat ketemu di akhirat, kitalah yang diperhatikan baginda saat baginda berpaling melihat umatnya, dengan senyuman terindah. Subhanallah..betapa indahnya!
Setiap perkara sunat yang diperturunkan juga dapat dilakukan dengan penuh rasa ikhlas, tanpa sedikit pun rasa terbeban. Betapa indahnya kehidupan, apabila tertambahnya sebuah nilai agung yang membuatkan urusan dunia yang asalnya hambar, menjadi urusan akhirat yang akan dihitung ke Syurga. Bersukan bukan lagi sekadar menjadi pengisi masa terluang untuk bersuka-suka, tetapi sesuatu yang besar ertinya pada pemantapan kekuatan ummah apabila ianya disarankan oleh Rasulullah. Membahagiakan ahli keluarga dan jiran tetangga bkan lagi menjadi aksi-aksi sebuah akhlak asasi, tetapi sebuah tanggungjawab yang bernilai Syurga.
Dengan cinta inilah, seluruh kehidupan kita mempunyai roh sebuah kehidupan bernilai akhirat, sejajar dengan matlamat baginda didatangkan kepada umatnya, termasuklah kita, umat akhir zaman. Kedatangan baginda memberi sebuah sinar kehidupan, yang memperjelas jalan-jalan ke Syurga. Semestinya, pilihan berada di tangan kita. Mempertaruhkan sebuah ketaatan dengan satu keterpaksaan, atau menyulam ketaatan dengan sebuah keikhlasan rasa cinta? Tepuk dada tanya selera. Akhir kalam, ayuh kita risik-risikkan khabar jiwa kita semua.. Seistimewa manakah nilai sambutan keputeraan baginda pada tahun ini pada kita? juga.. seistimewa manakah baginda Rasulullah dalam 364 hari yang lainnya pada pada kita? Semoga nanti di akhirat, semua diantara kita berjaya memenangi syafaat dan senyuman Raulullah..
Selamat